• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Aprilia Pagani 150 Lancar, Cafe Racer Pasaran China Sahaja dengan Harga RM13k

Aprilia Pagani 150 Lancar, Cafe Racer Pasaran China Sahaja dengan Harga RM13k

June 22, 2020 By Aryon 1 Comment

5.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APRILIA di bawah Zongshen Piaggio Foshan Co Ltd memperkenalkan model baharu cafe racer yang diberikan nama Pagani 150 untuk pasaran domestik di China.

Model ini dibina berasaskan scrambler Aprilia CR150 yang sudah berada di pasaran China beberapa tahun lalu. Faktanya, pembinaan CR150 pula adalah berasaskan model dari Britain, FB Mondial 125, tetapi dipasangkan enjin lebih besar.

BACA >>> Aleix Espargaro Sambung Kontrak dengan Aprilia Dua Musim Lagi, Sampai 2022

Melihat foto ditunjukkan, jelas sekali itu Pagani 150 adalah CR150 (foto atas) versi semi-fairing dan diberikan nama baharu kerana penampilan kedua-dua model itu agak mirip.

Pagani 150 dijana enjin silinder tunggal 4-injap 150cc penyejukan cecair berkuasa 18hp @ 9,750rpm dan tork 14Nm @ 7,500rpm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan.

Spesifikasi lain cafe racer ini ialah pelana tunggal dengan jarak tinggi 785mm, bar hendal clip-on, ekzos dwi-barel, brek cakera jenis petal depan dan belakang, fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang, dan rim jejari yang diambil daripada CR150.

Pagani 150 dengan berat kerb 133kg ini dijual pada harga CNÂ¥21,800 (RM13,180) untuk pasaran China sahaja dalam dua pilihan warna, merah dan biru.

BACA >>> Aprilia Patenkan Sistem Penyejukan Dwi Radiator, Lebih Kompak, Efisien

GALERI
aprilia-pagani-150-china-1
aprilia-pagani-150-china-2
aprilia-pagani-150-china-3
aprilia-pagani-150-china-4
aprilia-pagani-150-china-5
aprilia-pagani-150-china-6

Related

5.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Aprilia, Aprilia CR150, Aprilia Pagani 150, Cafe racer, FB Mondial 125, roda2, scrambler, Zongshen Piaggio Foshan Co Ltd

Comments

  1. Jan says

    June 23, 2020 at 2:48 PM

    Cantik ! Specs pun ok,x nak masuk malaysia ke ? 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev