• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ular Sawa 2.5 Meter Lentok Tidur dalam Trak Pikap

Ular Sawa 2.5 Meter Lentok Tidur dalam Trak Pikap

June 22, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

971
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGAJARANNYA, jangan lupa tutup tingkap apabila tinggalkan kenderaan kerana silap hari bulan boleh ada 'tetamu' yang datang menumpang.

Insiden itu menimpa seorang pemilik trak pikap Great Wall di pekan Capalaba, Queensland di Australia apabila seekor ular sawa jenis Karpet menyelinap masuk ke dalam kenderaannya itu sebelum tidur di celahan panel meter.

ular sawa brendan 2
ular sawa brendan 4

Penangkap ular, Brendan Dyer berkongsi foto kejadian tersebut di Facebook. Menurutnya, dia sempat menasihatkan pemilik kenderaan supaya memastikan semua akses kereta ditutup rapat sebelum meninggalkan kenderaan bagi mencegah kejadian seumpama itu.

BACA >>> Tunggang Motosikal 11km Baru Perasan dalam Helmet Ada Ular Bisa

ular-sawa-karpet-1
ular-sawa-karpet-2

Dyer berkata, dia menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu pada Khamis lalu sebelum bergegas ke lokasi kejadian. Pemilik trak pikap ketika itu sedang menunggu di luar kenderaannya itu. Ular sawa sepanjang 2.5 meter itu akhirnya dapat ditangkap sebelum dilepaskan semula di kawasan lebih selamat dan tiada sebarang insiden buruk berlaku.

"Lelaki itu cakap, ular itu asalnya berada atas papan pemuka dan apabila saya tiba di situ, reptilia itu sudah selesai berjemur dan sedang melingkar untuk tidur," kata Dyer dipetik Daily Mail Australia.

BACA >>> 5 Sebab Ute aka Kereta Pikap Tidak Popular di Malaysia

Dia percaya ular tersebut menyelinap masuk ke dalam kabin menerusi pintu  yang terbuka pada malam semalaman.

"Susah untuk saya percaya ular sebesar ini boleh masuk ventilator udara kereta. Jadi, pemilik ini mungkin membiarkan tingkapnya terbuka ketika parkir sebelum memandu ke satu destinasi," katanya.

Dyer tiba bersama anak perempuannya, Tara, 5, sebelum ular tersebut ditangkap dan dimasukkan ke dalam beg.
Selepas mendapati ular itu tidak berbisa, Tara diizinkan bapanya itu melepaskan ular sawa berkenaan di satu kawasan hutan perlindungan.

SUMBER: DailyMail | FB Brendan Dyer

Related

971
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Australia, Auto Terkini, Brendan Dyer, Great Wall, Roda4, Ular dalam Kereta, Ular Sawa, Ular Sawa dalam Trak Pikap, Ular Sawa Karpet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev