• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perkhidmatan Bas Rapid KL Kini dalam Google Maps Secara 'Real-Time'

Perkhidmatan Bas Rapid KL Kini dalam Google Maps Secara 'Real-Time'

June 22, 2020 By Han Othman 1 Comment

206
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

WARGA kota kini dapat mengetahui lokasi semasa bas Rapid KL secara masa nyata (real-time) menerusi aplikasi Google Maps untuk hampir 170 laluan bas di Lembah Klang termasuk bas perantara LRT, GoKL dan SMART Selangor terpilih.

Rapid Bus Sdn Bhd, yang juga anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan pengendali operasi bas Rapid KL, GoKL, dan SMART Selangor, baru-baru ini melancarkan perkongsian data melalui aplikasi Google Maps.

Diusahakan dengan kolaborasi bersama Google, aplikasi yang menggunakan data disediakan Rapid Bus itu mampu membantu pengguna perkhidmatan bas itu merancang perjalanan dengan lebih baik dan efisien.

BACA >>> Bas GoKL Tambah Laluan Baharu LRT Universiti-PPR Seri Pantai, Tambang Percuma!

Pengerusi Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, selain perjalanan bas, perkongsian data tersebut melalui Google Maps turut menyajikan pilihan perjalanan lain seperti kombinasi perkhidmatan bas dan rel, memberikan maklumat hentian bas dan jangkaan masa perjalanan.

"Berbekalkan maklumat-maklumat ini, penumpang boleh melakukan aktiviti lain ketika menanti bas mereka menuju ke hentian," katanya.

Menurutnya, pihak Rapid Bus juga akan meluaskan capaian aplikasi data itu meliputi bas perantara MRT, Rapid Penang, dan Rapid Kuantan.

Logo Rapid KL
google-maps-logo

Menurutnya, Rapid KL sebelum ini menerima banyak pertanyaan pelanggan mengenai lokasi bas, iaitu hingga 4,865 pertanyaan bagi tempoh Januari hingga April 2020.

Beliau berkata lagi, lebih 60 peratus pertanyaan daripada pelanggan bas adalah untuk mengetahui kedudukan atau kekerapan bas dan sejak 2010 pihaknya mengumumkan kedudukan bas kepada penumpang menerusi khidmat Pusat Panggilan Rapid Bus.

"Dengan data Google Maps ini, penumpang bas tidak perlu lagi merujuk Pusat Panggilan, tetapi boleh mengetahui kedudukan semasa bas Rapid kami sebelum merancang perjalanan mereka.

“Ini dapat membantu seseorang penumpang yang selama ini terpaksa menggunakan masa sejam untuk perjalanan menaiki bas Rapid kini menjimatkan 45 minit dengan data Google Maps ‘real time’ kedudukan bas,” katanya.

Tajuddin juga menyatakan Rapid KL juga ada perancangan membangunkan aplikasi sendiri yang akan memberi perkhidmatan menyeluruh mengenai kedudukan semasa bas, stesen dan kedai makan serta ruang maklum balas.

BACA >>> RapidKL Perkenal Semula Bas Mini, Fasa Ujian Bermula 1 September-29 November

SUMBER: Bernama

Related

206
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aplikasi mobil, Auto Terkini, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Go KL, Google Maps, GPS, navigasi, Prasarana, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Rapid Bus Sdn Bhd, Rapid KL, SMART Selangor

Comments

  1. Alya says

    December 15, 2023 at 1:00 PM

    Nak cari kat mana lokasi bas rapid tu.tanpa download app

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev