• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Beli Dulu Bayar Kemudian, Isuzu Malaysia Tawar Moratorium untuk D-Max Baharu!

Beli Dulu Bayar Kemudian, Isuzu Malaysia Tawar Moratorium untuk D-Max Baharu!

June 16, 2020 By Azhan O Leave a Comment

437
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ISUZU Malaysia
memperkenalkan program khas untuk membantu pelanggan D-Max dengan menawarkan manfaat moratorium bagi bayaran ansuran kenderaan baharu yang dibeli bermula 1 Jun hingga 31 Ogos ini.

'Kempen Penangguhan Ansuran Isuzu' ialah program pertama seumpamanya dalam segmen trak pikap negara ini yang memberi ruang kepada pelanggan untuk menjana pendapatan dengan mengoptimumkan penggunaan Isuzu D-Max untuk kerja sepanjang tempoh penangguhan tiga atau enam bulan tersebut.

BACA >>> #BikinKereta: Isuzu D-Max GO2 yang Dibikin Jadi Trak Pikap Off-Road Tulen

Ketua Pegawai Operasi (CEO) Isuzu Malaysia, Bahagian Kenderaan Perdagangan Ringan, Masayuki Suzuki berkata, matlamat moratorium ditawarkan adalah membantu rakyat Malaysia menyambung dan meneruskan kehidupan sepanjang tempoh pemulihan dengan memanfaatkan khidmat D-Max yang cekap dan versatil.

Kenderaan yang berkemampuan, reliabel dan tahan lasak adalah aset berharga, dan sebuah trak pikap memenuhi keperluan ekonomi seperti itu bagi kegunaan individu atau organisasi. Dengan menawarkan moratorium ini, Isuzu berharap pelanggan dapat kembali kepada keadaan normal seperti sebelum ini secepat mungkin," kata Masayuki.

Kempen moratorium itu adalah hasil kerjasama antara Isuzu Malaysia dengan Public Bank Berhad yang membabitkan hampir semua model dalam barisan D-Max sedia ada dengan jumlah pinjaman hingga 90 peratus bagi tempoh maksimum 84 bulan.

Jumlah minimum pinjaman yang layak untuk kempen tersebut ialah RM20,000. Pelanggan boleh memilih model D-Max yang sesuai dengan keperluan dan peruntukan masing-masing.

D-Max terkenal dengan reputasi sebagai antara model trak pikap paling tahan lasak dan jimat bahan api dengan kemampuan yang sudah terbukti. Model ini pernah menyertai trip ekspedisi off-road Borneo Safari sejak 14 tahun lalu. Malah, pernah mengharungi perjalanan jarak jauh dari Bangkok ke Singapura dengan hanya satu tangki diesel sahaja.

Barisan D-Max baharu kini dilengkapi enjin 1.9L Blue Power, iaitu trenkuasa berteknologi maju dengan kapasiti paling kecil dalam segmen trak pikap setakat ini. Ini membolehkan trak pikap ini menikmati bayaran cukai jalan paling murah bagi kenderaan dalam segmen sama.

isuzu-d-max-double-cab
isuzu-dmax-single-cab-work
isuzu-dmax-single-cab

Enjin D-Max juga terbukti memberikan prestasi seperti diharapkan dengan menawarkan tahap kecekapan bahan api lebih baik berbanding varian 2.5L terdahulu.

Baru-baru ini, D-Max 1.9L Single Cab menunjukkan kemampuan mengharungi cabaran laluan empat puncak tertinggi Semenanjung Malaysia dengan membawa muatan seberat satu tan membabitkan jarak perjalanan 1,145km dengan diesel yang masih berbaki dalam tangki, sekali gus membuktikan model itu sebagai kenderaan serba guna yang lasak dan reliabel.

Senarai lengkap barisan D-Max dan pengedar berdekatan boleh layari: Isuzu.net.my atau kunjungi laman FB ISUZU.DMax.Malaysia

BACA >>> Walau Enjin Kecil, Isuzu D-Max 1.9L Mudah Takluk Medan Tempur Borneo Safari
BACA >>> Isuzu D-Max (2020) Generasi Ketiga Serba Baharu Debut di Thailand

Related

437
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Isuzu, Isuzu Malaysia, Kempen Penangguhan Ansuran Isuzu, Moratorium, Public Bank Berhad, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev