• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Bersedia Pasangkan Enjin Turbo untuk Barisan Motosikal Baharu?

Yamaha Bersedia Pasangkan Enjin Turbo untuk Barisan Motosikal Baharu?

June 16, 2020 By Aryon Leave a Comment

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA dilaporkan sedang membangunkan barisan baharu enjin pengecas turbo untuk motosikal masa depan jenama itu.

Menurut portal MCN, rancangan Yamaha untuk menggunakan enjin pengecas turbo pada motosikal berkuasa besar sudah bermula sejak 2017, dan kini masih dalam pembangunan.

BACA >>> Yamaha RD200A (1974) Versi Penghidup Elektrik Ini Cuma Dijual RM14k Sahaja

gambarajah-turbo
yamaha-yzf-r1

Pengeluar motosikal Jepun itu mendakwa sedang menimbangkan dua jenis susunan pengecas turbo berbeza untuk menambah baik kuasa enjin. Caranya adalah sama ada meletakkan pengecas turbo dalam ekzos, atau memasang peranti itu bersebelahan ekzos enjin.

Pilihan kedua dipilih kerana itu adalah cara biasa enjin pengecas turbo direka untuk kereta. Sebagai tambahan, rekabentuk tradisional memiliki saiz keseluruhan lebih kompak dan kos pengeluaran lebih rendah.

Masalah seterusnya yang perlu diatasi Yamaha adalah emisi. Ini kerana negara-negara Eropah menggunakan standard emisi Euro5 sebagai syarat daftar semua jenis kenderaan, sama ada motosikal atau kereta bermula 1 Januari tahun ini. Jadi enjin pengecas turbo baharu Yamaha perlu melepasi ujian pencemaran jika mahu dipasangkan pada kenderaan komersial.

Dengan teknologi enjin baharu itu, Yamaha menjanjikan penambahbaikan dari segi kuasa untuk motosikal komersial pada masa akan datang, terutama model prestasi tinggi seperti MT-10 atau YZF-R1. Buat masa ini tiada pengesahan daripada Yamaha mengenai rancangan tersebut dan juga tiada sebarang tarikh pelancaran didedahkan tentang model bersesaran besar yang dijana enjin pengecas turbo.

Faktanya, Yamaha pernah memperkenalkan motosikal berkuasa turbo pada abad ke-20 lalu menerusi model XJ650 pada 1982 dengan enjin 4-silinder 653cc berkuasa 90hp. Bagaimanapun, sportbike tersebut tidak diteruskan pengeluaran dua tahun kemudian.

Di pasaran motosikal masa kini, Kawasaki masih menjadi perintis kepada penggunaan kuasa induksi tambahan untuk jentera dua roda menerusi Ninja H2. Berbeza mengikut versi, trenkuasa asas model hyperbike itu adalah enjin 1,000cc supercas yang mampu meledakkan kuasa 200 hingga 300hp.

BACA >>> RocketPixel Tunjuk Lakaran Bayangan Yamaha Y15ZR 155 VVA
BACA >>> Keputusan Rossi ke Petronas Yamaha SRT Diketahui Sebelum Aksi Jerez Bulan Depan

Related

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Emisi Euro5, Enjin Pengecas Turbo Yamaha, Euro5, Yamaha, Yamaha XJ650

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev