IMEJ lakaran bayangan sentuhan RocketPixel ini awalnya buat ramai keliru sebagai Yamaha Y15ZR versi baharu.
Imej seakan iklan itu tertulis 'Coming Soon VVA 155' dengan fasia depan Yamaha MX King VVA baharu. Lakaran bayangan itu seakan menggunakan gambaran lampu depan terkini dan dipadankan panel fairing depan baharu yang akan menjadi identiti terkini supermoped tersebut.
Bagaimanapun, imej itu berbeza dengan imej intip dari Vietnam. Walaupun sekadar lakaran bayangan, RocketPixel menghasilkan rekabentuk lampu depan hingga lampu siang (DRL) lebih tirus dan tipis yang diatur menegak. Tidak kelihatan fender belakang.
Imej tersebut boleh tahan garang dengan enam pilihan warna, iaitu merah, merah jambu, hijau, kuning dan biru.
Bahagian grafik sisi juga berbeza berbanding Y15ZR sedia ada yang dikemaskan dengan warna hitam. Lakaran turut dilakukan pada model Honda RS150R dan SYM VF3i V3.
BACA >>> Lakaran Yamaha Y15ZR 155 VVA Ini Mungkin Buat Anda Tidur Tak Lena
BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar Sistem Klac Yamaha Y15ZR dengan R15 untuk Transmisi Lebih Lancar
Jan says
Boleh plug and play barang2 Y15 ke? kalau x boleh, susah jgk kaki2 modi ni haha
Jarang org2 yg naik kapcai, apalagi jenama yamaha naik motor standard. Ada VVA pun nescaya akan di modifikasi lagi supaya lebih2 laju lagi
amy mat piah says
bile nk kluar ni.....????