• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Malaysia Umum Turun Harga Kereta CKD, CBU! Lebih Murah RM2.7k-RM8.5k

Honda Malaysia Umum Turun Harga Kereta CKD, CBU! Lebih Murah RM2.7k-RM8.5k

June 15, 2020 By Han Othman Leave a Comment

808
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia hari ini mengumumkan pengurangan harga untuk semua kereta jenama itu susulan pengumuman Kerajaan mengecualikan cukai jualan 100 peratus untuk model pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus untuk model import (CBU) dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Dengan pelarasan itu, harga model CKD Honda seperti Jazz, BR-V baharu, City, HR-V, Civic baharu, CR-V dan Accord serba baharu dikurangkan antara  RM2,788.46* dan RM8,545.63*.  Sementara itu, model CBU Honda seperti Odyssey akan lebih murah dalam RM9,502.47*.

BACA >>> PENJANA: Kerajaan Mansuhkan 100 Peratus Cukai Jualan untuk Kenderaan CKD

Harga baharu tersebut akan berkuat kuasa 15 Jun ini hingga 31 Disember tahun ini. Sebagai tambahan kepada harga baharu, pelanggan juga boleh menikmati layanan istimewa dengan kereta baharu Honda di bawah kempen 'Kita Bersama Deals'***

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, pihaknya sangat menghargai sokongan Kerajaan kepada sektor automotif dan usaha memperkenalkan inisiatif galakan pembelian menerusi pengecualian cukai jualan.

Kami harap pengurangan harga kereta ini akan membolehkan pelanggan membeli model Honda pilihan mereka dan menikmati perjalanan dalam negara yang kini dibenarkan, termasuk sokongan Kerajaan untuk mempromosikan pelancongan tempatan selain terus mematuhi amalan keselamatan dalam norma baharu.

"Kami yakin pelan pemulihan ekonomi PENJANA akan memberikan dorongan untuk membantu menyemarakkan semula industri dan menjana kesan domino terhadap ekonomi dalam skala besar. Honda Malaysia aklan terus lakukan yang terbaik untuk menyokong pelan Kerajaan dalam usaha membantu memulihkan ekononomi negara daripada pandemik Covid-19," katanya.

Sebarang maklumat lanjut mengenai harga baharu atau tempahan pandu uji boleh kunjungi mana-mana 101 pengedar Honda sah, atau hubungi talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020, atau layari laman web www.honda.com.my.

* Jumlah pengurangan dalam Semenanjung Malaysia berkuatkuasa 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020
**Harga atas jalan tanpa insurans, tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
***Tertakluk terma dan syarat. Hanya sah untuk kenderaan berdaftar pada 1 Jun 2020 hingga 30 Jun 2020.

Related

808
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Harga Baharu Kereta Honda PKPP, Honda Malaysia, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), Penjana, Toichi Ishiyama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my