• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Lanjut Waktu Operasi Pusat Servis Hingga 9 Malam

Perodua Lanjut Waktu Operasi Pusat Servis Hingga 9 Malam

June 15, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

372
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA melanjutkan waktu operasi Pusat Servis dan Pusat Baik Pulih Badan dan Cat (Body & Paint) terpilih bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Sebagai pemulaan, hanya 16 Pusat Servis dan tiga Pusat B&P terpilih akan beroperasi bermula jam 8.00 pagi - 9.00 malam (Semenanjung Malaysia), dan 7.45 pagi - 8.45 malam (Malaysia Timur) setiap hari, KECUALI Ahad.

Pelanggan yang mahu melakukan servis kenderaan diminta membuat tempahan janji temu terlebih dahulu dengan Pusat Servis pilihan.

Buat masa ini Perodua masih tidak menerima servis secara terus ke premis  (walk-in). Semua pelawat juga diwajibkan menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke dalam premis, mendaftarkan maklumat diri dan mematuhi penanda jarak sosial dalam premis sepanjang masa.

BACA >>> #PanduUji: Video Bikin Panas, Perodua Myvi vs Proton Iriz (2019), Siapa Menang Drag?
BACA >>> Perodua Jual 7,886 Unit Kereta Sepanjang Mei 2020, Tetap Laku

Cecair sanitasi tangan ditempatkan di lokasi-lokasi penting, manakala pembersihan secara berkala turut dilakukan di premis terbabit.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya sedar ramai pelanggan  sudah melepasi tempoh servis berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang dua bulan lalu.

“Oleh itu, kami melanjutkan waktu operasi pusat servis dan B&P terpilih untuk memenuhi permintaan tinggi dan terus memberikan ketenangan minda kepada pelanggan kami yang dihargai,” katanya.

Senarai Pusat Servis dan Pusat B&P Terpilih dengan Waktu Operasi Dilanjutkan

  • Perodua Sentral PJ (3S)
  • PSSB Subang Jaya
  • PSSB Keramat
  • PSSB Glenmarie (3S)
  • PSSB Balakong (3S)
  • PSSB Johor Bahru 1 (3S)
  • PSSB Puchong (3S)
  • PSSB Johor Bahru 2 (3S)
  • PSSB Seremban (3S)
  • PSSB Juru (3S)
  • PSSB Pulau Pinang
  • PSSB Ipoh 1
  • PSSB Kota Bharu 1 (3S)
  • PSSB Kuantan 2
  • PSSB Kuching 1 (3S)
  • PSSB Kota Kinabalu 2
  • PSSB Subang Jaya (B&P)
  • PSSB Balakong (B&P)
  • PSSB Kota Bharu (B&P)

Related

372
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Zainal Abidin Ahmad, Hab Pusat Servis, Perodua, Pusat 3S Perodua, Pusat Baik Pulih Badan dan Cat, pusat servis, Pusat Servis Perodua

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my