• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Jual 7,886 Unit Kereta Sepanjang Mei 2020, Tetap Laku

Perodua Jual 7,886 Unit Kereta Sepanjang Mei 2020, Tetap Laku

June 2, 2020 By AI Leave a Comment

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA mencatat jualan 7,886 unit kenderaan sepanjang Mei lalu, sekali gus menjadikan jumlah jualan setakat tahun ini (YTD) 52,920 unit. Berdasarkan total jualan keseluruhan industri YTD, dianggarkan 129,401 unit kenderaan Perodua terjual dengan menguasai 41 peratus bahagian pasaran.

Jualan Mei disumbangkan model Myvi dengan jualan 2,612 unit diikuti Axia (2,028 unit), Bezza (1,820 unit), Aruz (950 unit) dan Alza (476 unit).  Bagi jualan Mac pula, Perodua menjual keseluruhan 8,601 unit sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac bulan itu.

BACA >>> Apa Jadi Kalau Perodua Myvi Disedankan?

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, situasi Covid-19 masih lagi berlangsung dan memberi impak ketara ke atas jualan kenderaan di Malaysia selama dua bulan ini. Namun, Perodua bersyukur kerana dalam tempoh tiga minggu sejak mula beroperasi seluruh negara, Perodua dapat menghampiri rekod jualan Mac.

Beliau berkata;

Dalam era penjarakan sosial dan tahap kesedaran kebersihan yang tinggi, pengangkutan persendirian memainkan peranan lebih penting.

"Kenderaan diperlukan untuk perjalanan singkat dan dekat bagi membeli keperluan rumah. Pemandu e-hailing juga sudah mula menggunakan kenderaan mereka untuk menghantar barang selain mengangkut penumpang."

KEMPEN TEBUS REBAT TUNAI

Sepanjang Jun ini, 'Kempen Sambutan Bermakna Perodua' menawarkan penebusan rebat tunai hingga RM1,300 untuk model Aruz dan Myvi terpilih

Pembeli model lain berpeluang mendapat e-baucar bernilai RM300 yang boleh ditebus untuk membeli alat ganti dan aksesori terpilih di mana-mana pusat servis Perodua sah.

BACA >>> Perodua Bezza Dulu vs Sekarang (2016-2020), Apa yang Berubah?

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Covid-19, Jualan Perodua, Perodua, perodua aruz, Perodua Myvi, virus covid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my