KAMI menerima foto intip kiriman pembaca dengan pesanan mesej "Nak kongsi spyshot model Modenas skuter dan Kriss 110. Jumpa di Napoh semalam (11/6)."
Terima kasih kepada Ahmad Moen atas kiriman anda. Buat masa ini kami tidak mendapat sebarang maklumat daripada pihak Modenas tentang kemunculan dua model yang dikesan di Napoh, Kedah itu. Jadi, terlalu awal untuk buat sebarang spekulasi.
BACA >>> CEO Modenas: ZX-25R CKD Belum Muktamad, Supermoped Kena Tunggu 2-3 Tahun!
Melihat imej dikirimkan itu, ada satu model skuter maksi dan satu lagi kapcai yang kedua-duanya menggunakan nombor pendaftaran perdagangan (trade plate).
Pendapat kami, model yang mungkin sedang menjalani ujian ketahanan itu pastinya bukan model facelift. Kalau itu sekadar model dipertingkat daripada model sedia ada, sepatutnya tidak perlu lagi menjalani ujian ketahanan melainkan ada perubahan mekanikal, ataupun produk serba baharu.
Sukar untuk buat andaian jika cuma dapat melihat bahagian belakang motosikal saja. Jika benar kapcai itu ialah Kriss 110, ada kemungkinan Modenas melakukan pembaharuan pada enjin. Ini kerana Kriss 110 masih lagi menggunakan enjin karburetor penyejukan udara, sedangkan pesaing lain sudah lama beralih kepada sistem suntikan bahan api (FI).
Mungkinkah Modenas melengkapkan kapcai itu dengan sistem FI? Mengenai model skuter maksi di sebelahnya pula, rekaan lampu belakang nampak mirip Modenas Elegan 250.
Soalannya, jika Modenas mahu memperkenalkan Elegan 250 versi facelift, kenapa perlu buat ujian ketahanan? Adakah ada penambahbaikan aspek mekanikal? Ataupun mungkinkah itu skuter Kawasaki J300 (foto atas) yang bakal dipasangkan Modenas selepas termeterai kerjasama strategik sesama kedua-dua pengeluar?
Modenas Elegan 250 diperkenalkan ke pasaran empat tahun lalu. Jika mengikut kitaran produk, sudah tiba masa skuter maksi itu membuat pembaharuan sama ada aspek kosmetik atau mekanikal.
BACA >>> Modenas Lancar Kriss 110, Harga RM3.3k Sahaja!
BACA >>> 3 Big Bike Automatik Bukan Skuter yang Anda Boleh Beli di Malaysia
Mie says
Ade moto kapcai yg akan keluar x 2020 nie?
Mk says
Buat la super cun 250 ke. Bru sdp tgk. 110 buat gapo. Yamaha Honda sym dh ada super cub.