• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Umum Turun Harga Kereta 3-6 Peratus Bermula Hari Ini

Perodua Umum Turun Harga Kereta 3-6 Peratus Bermula Hari Ini

June 10, 2020 By Han Othman Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA akan menurunkan harga semua model (harga atas jalan tanpa insurans) antara 3 peratus dan 6 peratus melalui rebat tunai hingga 14 Jun ini dan akan mengekalkan harga baharu tersebut sepanjang tempoh pengurangan cukai seperti mana diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata, tempoh pengurangan cukai sepatutnya bermula 15 Jun, tetapi Perodua memberikan rebat tunai lebih awal, iaitu bermula hari ini.

“Kami ingin membolehkan orang ramai mengambil kesempatan ini untuk memiliki kenderaan Perodua tanpa berasa ketinggalan. Sila kunjungi mana-mana pusat jualan Perodua dan bercakap dengan penasihat jualan kami yang sah untuk mengetahui amaun rebat tunai yang ditawarkan serta senarai harga penuh yang akan berkuatkuasa 15 Jun,” katanya.

BACA >>> Perodua Jual 7,886 Unit Kereta Sepanjang Mei 2020, Tetap Laku

INSENTIF PULIHKAN INDUSTRI AUTOMOTIF

ceo-perodua-datuk-zainal-abidin-ahmad
Perodua 3S_3

Dalam ucapan Rancangan Pemulihan Ekonomi pada 5 Jun lalu, Muhyiddin mengumumkan pelbagai langkah dan insentif rangsangan ekonomi di sebalik krisis Covid-19 yang melanda negara.

Antara insentif diberikan untuk membantu industri automotif adalah pengecualian cukai jualan 100 peratus untuk kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus untuk kenderaan import (CBU) hingga akhir tahun ini.

“Perodua menyokong penuh langkah Kerajaan memberikan pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi pembelian kenderaan CKD hingga akhir tahun ini dalam usaha memulih dan menaikkan ekonomi domestik,” katanya.

Barisan model semasa Perodua terdiri daripada Myvi, Axia, Bezza, Aruz dan Alza.

BACA >>> #PanduUji: Perodua Bezza (2020) vs Proton Saga (2019) Facelift, Siapa Menang Drag?

Dato' Zainal berkata, walaupun rakyat Malaysia kini lebih berhati-hati dalam berbelanja berikutan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan, tetapi kenderaan persendirian masih diperlukan pada masa sukar ini.

Menurutnya, pengecualian cukai jualan sepenuhnya untuk kenderaan CKD diharapkan dapat memulihkan kembali industri automotif yang bukan saja melibatkan pelanggan, tetapi keseluruhan ekosistem yang terdiri daripada pengeluar, pembekal dan pengedar.

"Seiring kadar pinjaman rendah pada masa ini, kami optimis langkah ini dapat mendorong penjualan kenderaan baharu,” katanya.

JUAL LEBIH 50K UNIT KENDERAAN

Perodua

Perodua berjaya menjual 52,920 unit kenderaan sepanjang lima bulan pertama 2020 dengan menguasai 41 peratus pasaran berbanding jumlah keseluruhan industri (TIV) yang dianggarkan 129,401 unit setakat tahun ini (YTD).

Dengan kandungan tempatan melebihi 90 peratus bagi seluruh barisan model, Perodua membelanjakan RM5.4 bilion tahun lalu untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan.

“Sebagai pengeluar kenderaan terbesar di Malaysia dari segi jumlah, kami ingin menyatakan semula komitmen kami kepada Kerajaan untuk membantu industri menempuhi fasa sukar ini,” kata Dato’ Zainal lagi.

BACA >>> CEO Perodua: SUV Baharu Sah Guna Enjin 1.0L Turbo!

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, CBU, CKD, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Harga Kereta Turun PKPP, Kereta Nasional, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Perodua, PKPP, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev