• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Rancang Hasilkan Super Cruiser Vulcan H2?

Kawasaki Rancang Hasilkan Super Cruiser Vulcan H2?

June 3, 2020 By Aryon 1 Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PORTAL permotoran Jepun, Young Machine mendakwa Kawasaki sedang merancang menghasilkan cruiser paling berkuasa, Vulcan H2.

Jika sudah ada label H2, model tersebut kemungkinan besar menggunakan trenkuasa 4-silinder 998cc supercas dengan konfigurasi serupa seperti Ninja H2. Vulcan edisi supercas mungkin sekadar spekulasi, tetapi desas-desus yang menular juga mengatakan Kawasaki memang sedang merancang merombak model cruiser tersebut.

BACA >>> Tamiya Tambah Koleksi Miniatur Kawasaki Ninja H2, Bakal Perkenal H2 CARBON

kawasaki-vulcan-s-2
kawasaki-vulcan-s-3

Sebagai makluman, teknologi supercas diperkenalkan Kawasaki buat kali pertama pada 2015 menerusi Ninja H2 sebelum trenkuasa tersebut diluaskan penggunaan untuk hypernaked Z H2, empat tahun kemudian.

Namun, perlu diakui pembangunan sesebuah jentera baharu memerlukan masa lama kerana membabitkan proses kajian dan penyelidikan (R&D) dan pelaburan tinggi. Jadi, memang rasional dan masuk akal jika beranggapan Kawasaki akan menggunakan enjin sedia ada (H2) untuk model-model baharu jenama itu.

Nampaknya Vulcan pun berpotensi dipasangkan trenkuasa supercas itu yang bakal menyaksikan karakter biasa cruiser itu bertukar kepada hypercruiser. Apapun, pengeluar juga perlu memikirkan aspek pembangunan casis yang tepat supaya mampu menampung hamburan kuasa diledakkan.

BACA >>> Hasil Garapan Mr Martini, Legenda Kawasaki 70-an Jadi Inspirasi Vulcan 70

Dalam perkembangan lain, laman web Thailand, MotoRival pula menyiarkan imej lakaran grafik janaan komputer (CGI) Vulcan H2 dengan menjadikan Vulcan S sebagai model asas.

Rekabentuk dihasilkan cuba memadankan lampu depan Z H2, manakala posisi tunggangan mengekal ergonomik asal sebuah cruiser. Hasilnya adalah paduan ciri klasik dan moden.

Apapun, segalanya masih spekulasi dan hanya Kawasaki yang menyimpan rahsianya. Jika benar, Vulcan H2 itu hampir pasti bakal dinobatkan sebagai cruiser paling pantas dunia.

BACA >>> Mash Desert Force 400 - Cruiser Gaya Motor Perang AS Era 1950-an

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cruiser, Hypercruiser, Kawasaki, Kawasaki Vulcan, Kawasaki Vulcan H2, MotoRival, roda2, Supercruiser, young machine

Comments

  1. Jan says

    June 4, 2020 at 2:50 PM

    Kawasaki memang all out dengan platform H2 ni, tidak dinafikan memang menarik untuk memiliki sebuah motosikal dengan supercharger, sudah pasti karekter engine nya lain dari yang lain.

    Apa kata kawasaki cuba hasilkan H2 dengan model yang berkapasiti kecil?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev