• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Tamiya Tambah Koleksi Miniatur Kawasaki Ninja H2, Bakal Perkenal H2 CARBON

Tamiya Tambah Koleksi Miniatur Kawasaki Ninja H2, Bakal Perkenal H2 CARBON

February 19, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

402
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAMIYA akan meluaskan siri mainan miniatur untuk Kawasaki Ninja H2 menerusi pelancaran H2 CARBON pada 21 Mac nanti. Syarikat mainan miniatur Jepun itu sebelum ini pernah melancarkan kit Ninja H2R (2016) dan Ninja H2R Completed (2018).

Seperti siri Ninja H2R, model H2 CARBON dihasilkan mirip model sebenar dengan skala binaan 1:12. yang dibina berasaskan model Ninja H2 Carbon sebenar edisi 2018.

BACA >>> Tamiya Honda Monkey 125 Baru Lancar

Perincian rapi dapat dilihat pada pemasangan komponen untuk enjin H2, frem dan sistem brek cakera. Kemahiran mengecat juga boleh menjadikan model mainan ini nampak seakan H2 CARBON sebenar.

BACA >>> Kyosho Mini-Z Sport - Permainan Kawalan Jauh (RC) untuk Peminat Kereta Sebenar

Fairing depan dan sisi diikat pada frem motosikal menggunakan skru kecil, manakala pelekat karbon ditampal untuk menghasilkan fairing gentian karbon. Ventilator masukan udara dipasangkan pada kiri motosikal untuk menyuap udara dari depan ke peranti supercas.

Paparan meter digital dan analog menggunakan pelekat, manakala kedua-dua tayar Ninja H2 CARBON ini dibuat daripada getah sintetik. Harga untuk set model H2 CARBON ini ialah 4,400 yen (RM166).

BACA >>> Tayar Yokohama Advan untuk Kereta Tamiya Mini 4WD

GALERI
kawasaki H2 CARBON
kawasaki H2 CARBON 2
kawasaki H2 CARBON 11
kawasaki H2 CARBON 4
kawasaki H2 CARBON 8
kawasaki H2 CARBON 10
kawasaki H2 CARBON 5
kawasaki H2 CARBON 9
kawasaki H2 CARBON 6
kawasaki H2 CARBON 7
kawasaki H2 CARBON 3

SUMBER: Tamiya

402
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Kawasaki, Kawasaki Ninja H2, Kawasaki Ninja H2 Carbon, Mainan, miniatur, superbike, Supercas, Tamiya, Tamiya Kawasaki Ninja H2 Carbon

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
    Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
  • Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
    Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
  • Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
    Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my