• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki GSX-R125 Buatan Indonesia Lancar di Jepun

Suzuki GSX-R125 Buatan Indonesia Lancar di Jepun

June 2, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI GSX-R sudah jadi salah jenama popular dalam dunia sportbike dengan meraih reputasi sebagai jentera trek menerusi beberapa model seperti GSX-R600, 750 dan 1000.

Bagaimanapun, bukan semua negara ditawarkan siri GSX kerana dihalang regulasi dan peraturan yang menghalang kemasukan model berkenaan. Misalnya, Jepun ada syarat khas ke atas penunggang baharu membabitkan had kapasiti enjin dan output kuasa yang mana motosikal 600cc tiada dalam opsyen penunggang baharu atau amatur.

Peraturan sebegini bukan memberikan kesan buruk semata-mata dalam industri motosikal, tetapi ada juga kebaikan kerana membolehkan model sportbike kecil seperti Suzuki GSX-R125 merebut pasaran yang ada.

BACA >>> Suzuki GSX-S300 (Haojue DR300) Didedahkan, Siap Sedia Lancar di China

Suzuki Japan baru-baru ini melancarkan GSX-R125 (2020) ke pasaran tempatan pada harga 393,800 yen (RM15,890). Menariknya, model tersebut dihasilkan Suzuki Indomobile Motor Company di Indonesia, dan dieksport ke Negara Matahari Terbit itu.

Model 125cc itu dikategori sebagai sportbike aras mula buat mereka yang mahu menguasai pengalaman dan kemahiran menunggang sebelum beralih kepada model berkapasiti lebih besar.

BACA >>> #BikinMotor: Naik Taraf Suzuki Katana GSX1100SY (2020) Edisi Final

gsx-r125-sensors-insert-1590567097
gsx-r125-7-1

Dengan berat 135kg, GSX-R125 (2020) dijana enjin silinder tunggal 124.4cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 14.8hp @ 10,000rpm dengan tork puncak 11Nm @ 8,000rpm, manakala sistem transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.

Enjin GSX-R125 (2020) sedikit kurang berkuasa berbanding abangnya, GSX-R150, iaitu kira-kira 4hp, tetapi luaran dua model fairing penuh itu nampak sama kerana menggunakan dekal dan warna seragam.

Sistem brek GSX-R125 (2020) menggunakan brek cakera pada roda depan dan belakang dengan teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran. Rim aluminium 17 inci dibalut tayar Dunlop dengan lebar 90mm (depan) dan 130mm (belakang), manakala lampu depan, belakang dan nombor plat menggunakan teknologi LED.

GSX-R125 (2020) menampilkan kluster instrumen digital LCD dengan latar hitam yang memaparkan maklumat seperti spidometer, odometer, takometer, bar petrol, purata penggunaan bahan api, jam dan indikator gear.

BACA >>> Suzuki Lancar GSX-R125, R150 (2020) MotoGP Sempena Aniversari ke-100
BACA >>> Suzuki Taiwan Kemas Kini Warna GSX-R150 (2020), Termasuk Seragam Ecstar MotoGP

GALERI
gsx-r125-1
gsx-r125-4
gsx-r125-7-1
gsx-r125-track-insert-1590566141
gsx-r125-11
gsx-r125-3
gsx-r125-2
gsx-r125-8
gsx-r125-10
gsx-r125-5
gsx-r125-6
gsx-r125-sensors-insert-1590567097
gsx-r125-panel-1590567439

SUMBER: RideApart | SuzukiJapan | TopGearPH

Related

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 125cc, roda2, sportbike, Suzuki, Suzuki GSX-R125 (2020), Suzuki Indomobile Motor Company, Suzuki Japan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev