• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Naik Taraf Suzuki Katana GSX1100SY (2020) Edisi Final

#BikinMotor: Naik Taraf Suzuki Katana GSX1100SY (2020) Edisi Final

April 20, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Katana dihasilkan syarikat Jerman, Target Design sekitar 1979 dan 1980 selepas diminta Suzuki Jerman, khas untuk pasaran negara Eropah itu. Katana mengambil nama daripada pedang Samurai.

Kemudian, pada lewat 1980-an, model Katana GSX1100S diperkenalkan buat kali pertama yang didakwa Suzuki sebagai motosikal pengeluaran massa terpantas. Apabila masuk era milenia (2000), ramai mahukan Katana baharu dan demi memenuhi kehendak itu, Suzuki memperkenalkan model GSX1100SY Final Edition, tetapi hanya untuk pasaran Jepun sebanyak 1,100 unit saja.

Aspek spesifikasi tidak berubah sejak GSX1100SR (1994) yang mana pemilik GSX1100S awal 90-an pasti akan dapat mengecam model itu dengan pantas. Enjin dan rim disembur hitam, manakala bahagian mekanikal dinaik taraf, tetapi masih kelihatan sama.

Di Jepun, wujud persaingan sengit untuk mendapatkan versi terakhir model klasik itu. Malah tercetus khabar angin mendakwa Suzuki cuba mengaburi pelanggan dengan nombor siri kerana sebenarnya ada lebih 1,100 unit dikeluarkan.

Model ikonik itu boleh dianggap mirip AMG yang mewakili model sport Mercedes-Benz. Dengan mengambil salah satu model baharu dan membawanya kepada personaliti primitif agresif serta muncul semula dengan kuasa lebih 110hp.

BACA >>> #BikinMotor: Suzuki Katana Brand New Jack dengan Konsep Gundam, Robotech

Terima kasih kepada gentian karbon FCR dan ekzos baharu untuk menambah baik aspek mekanikal, termasuk prestasi keseluruhan menerusi penggunaan komponen termaju. Pedang tidak boleh patah, dan legenda mesti terus hidup.

Antara spesifikasi dilakukan ialah:

Suzuki Katana GSX1100SY_12
Suzuki Katana GSX1100SY_8
Suzuki Katana GSX1100SY_17
Suzuki Katana GSX1100SY_7
Suzuki Katana GSX1100SY_18
  • Frem dan swingarm diperkuat
  • Bilet plat tripel kustom
  • Bar hendal Daytona
  • Fork Öhlins 43mm Yamaha XJR 1300 (depan); Monoshock Nitron (belakang)
  • Rim lumba OZ 'Piega' 3.50x17 (depan); 5.50x17 (belakang)
  • Tayar Pirelli Diablo Rosso 120-70(depan); 180-55 (belakang)
  • Brek depan dengan kaliper 4-piston Brembo, pam radial Accossato, cakera Sunstar 320mm
  • Brek belakang dengan kaliper 2-piston Brembo, pam Nissin, cakera Sunstar 250mm
  • Rod dan braket SMB
  • Rantai dan sproket EK530
  • Karburator Kehin FCR 37
  • Sistem Ekzos Nitro Racing Titanium

BACA >>> #Videotomotif: Apa Kata Bekas Pelumba MotoGP Ini Selepas Tunggang Uji Suzuki Katana?

GALERI
Suzuki Katana GSX1100SY_10
Suzuki Katana GSX1100SY_20
Suzuki Katana GSX1100SY_13
Suzuki Katana GSX1100SY_16
Suzuki Katana GSX1100SY_19
Suzuki Katana GSX1100SY_5
Suzuki Katana GSX1100SY_3
Suzuki Katana GSX1100SY_1
Suzuki Katana GSX1100SY_11
Suzuki Katana GSX1100SY_14
Suzuki Katana GSX1100SY_17
Suzuki Katana GSX1100SY_6
Suzuki Katana GSX1100SY_2
Suzuki Katana GSX1100SY_4
Suzuki Katana GSX1100SY_9
Suzuki Katana GSX1100SY_15
Suzuki Katana GSX1100SY_7
Suzuki Katana GSX1100SY_8
Suzuki Katana GSX1100SY_12
Suzuki Katana GSX1100SY_21
Suzuki Katana GSX1100SY_18

SUMBER: InazumaCafe

Artikel Berkaitan

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, bikinmotor, kustom, Modifikasi, Restorasi, Suzuki, Suzuki Japan, suzuki katana, Suzuki Katana GSX1100SY, Target Design

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my