• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: KTM 640 Duke II, Dulu Supermoto, Sekarang Street Tracker Harian

#BikinMotor: KTM 640 Duke II, Dulu Supermoto, Sekarang Street Tracker Harian

June 2, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

145
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUDAYA kustom supermoto semakin ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, didorong kumpulan pembina motosikal yang menghargai hal prestasi selain nilai estetika.

Salah seorang pembina itu ialah Garett Wilson dari Dubstyle Designs di Colorado, Amerika Syarikat yang menjadikan jentera street tracker KTM ini sebagai tunggangan setiap hari.

Inilah rupa asal supermoto KTM 640 Duke II.

Wilson memulakan proses mengubah suai KTM 640 Duke II dengan menanggalkan semua komponen plastik sebelum merancang binaan badan baharu. Sebenarnya, dia sudah membuat kajian dan mengumpul komponen diperlukan sejak beberapa tahun lalu.

BACA >>> #TahukahAnda: Street Tracker, Dari Trek Kotor ke Jalan Raya

Ada dua perkara utama yang mahu dilakukannya, iaitu menjadikan 640 Duke II lebih ringan dan meningkatkan prestasi motosikal tersebut.

"Rancangan saya dengan semua motosikal (yang dibina) adalah jadikan ia lebih berprestasi. Duke II standard ada berat kering 320 paun (145kg) dan saya cuma dapat turunkan kepada 205 paun (138kg) bersama isian satu tangki minyak penuh," katanya.

Bagi menonjolkan gaya motosikal, Wilson menukar rim asal 17 inci kepada 19 inci jenama Sun dengan jejari Buchanan yang ditambat pada hab KTM, dan ada spacer digunakan. Durelle Racing pula membantu merendahkan ketinggian asal fork dan absorber belakang WP sebanyak 2 inci (5sm), manakala dia sendiri menghasilkan pemegang fork sebelum monoshock disembur car mengikut warna badan motosikal.

BACA >>> #EICMA2019: KTM 1290 Super Duke R (2020) yang Lebih Ringan, Berkuasa

ktm-street-tracker-motorcycle-10
ktm-street-tracker-motorcycle-12

Subfrem baharu dipasangkan pada frem asal, dan ekor belakang dibuat daripada material gentian kaca dengan ruang untuk lampu signal belok dan lampu belakang LED. Tangki minyak dipilih daripada jenis Honda Hawk (1978) yang diambil dari kawasan skrap dan diubah suai supaya lebih ramping tanpa mengganggu fungsi fork.

"Saya membentuk ruang kosong bawah tangki minyak untuk ruang simpan dan pemasangan beberapa komponen elektronik," katanya.

Lampu depan 640 Duke II diletakkan dalam panel plat nombor, daripada gentian karbon. Mounting ditambah antara plat dan fork supaya ada cukup ruang untuk lampu depan. Asalnya, model ini bukanlah motosikal kurang berprestasi, cuma sedikit berat. Jadi, memastikan enjin boleh 'bernafas' lebih baik, pembaharuan pun dibuat.

Wilson sememangnya gemar menggunakan tabung ekzos Yamaha R6 untuk kerja modifikasi motosikal, dan kali ini dia kekal memilih komponen sama.

"Saya padankan (ekzos) dengan mufler FMF Apex dan header Megabomb, serta sambungkan pada paip keluli tahan karat. Dengan tambahan karburator Keihin 41mm FCR, rev enjin (RPM) dapat ditarik lebih panjang,” katanya.

Proses mendapatkan unit penyejukan enjin agak rumit kerana dia perlu bawa pita ukur ke kawasan skrap untuk mendapatkan radiator bersesuaian yang boleh dimuatkan antara fork dan tangki minyak baharu. Akhirnya, unit radiator aluminium aftermarket, yang diambil dari Honda Magna lama. Proses mengecat diserahkan kepada pakar kemasan, Dan White dengan hasil cukup luar biasa.

BACA >>> #Spyshot: KTM 200 Duke (2020) Akan Tampil Berbeza

GALERI
ktm-street-tracker-motorcycle-6
ktm-street-tracker-motorcycle-3
ktm-street-tracker-motorcycle
ktm-street-tracker-motorcycle-11
ktm-street-tracker-motorcycle-1
ktm-street-tracker-motorcycle-12
ktm-street-tracker-motorcycle-9
ktm-street-tracker-motorcycle-10
ktm-street-tracker-motorcycle-2
ktm-street-tracker-motorcycle-4
ktm-street-tracker-motorcycle-5
ktm-street-tracker-motorcycle-8
ktm-street-tracker-motorcycle-7
ktm-640-duke-ii-1

SUMBER: BikeExif | DubstyleDesignsInstagram | SamBendall

Related

145
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, Dubstyle Designs, Garett Wilson, KTM, KTM Duke II, roda2, street tracker

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev