AKHIRNYA MForce Bike Holdings Sdn Bhd rasmi melancarkan skuter maksi MAXSYM TL ke pasaran tempatan yang dijual pada harga RM35,888, serentak bersama pelancaran model VF3i LE. Bagaimanapun, skuter pemasangan tempatan (CKD) ini dijadualkan berada di pasaran bermula Julai nanti.
MAXSYM TL ialah skuter dwi-silinder pertama SYM yang dijana enjin 465cc DOHCpenyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 40.2hp @ 6750rpm dan tork 42.5Nm @ 6250rpm. Dipacukan sistem pacuan rantai, hantaran kuasa skuter ini disalurkan menerusi kotak gear CVT. Skuter ni juga patuh emisi Euro4.
Agihan berat 50:50, jarak roda pendek dan absorber sebelah jenis multilink di belakang menawarkan prestasi pengendalian terbaik. Penampilan sporty dan saiz badan kompak tidak memerlukan kemasan kompleks, cukup dengan menawarkan karakter tunggangan lincah dan agresif.
Diilhamkan daripada gaya superbike moden, skuter maksi ini dipadankan lampu utama dengan empat mentol LED untuk pencahayaan suluh tinggi lebih ketika menunggang malam. Lampu belakang pula menggunakan teknologi terkini dinamakan filem optikal LED untuk menyerlahkan identiti moden dan futuristik.
Lebih menarik, skuter ini menampilkan panel instrumen virtual TFT 4.5 inci auto malap dalam tiga paparan. Turut tersedia Sistem Brek Parkir (PBS) 2+1 dengan gabungan fungsi brek parkir. Ada juga palam USB QC 2.0 di depan untuk memudahkan penunggang mengecas telefon atau peranti pintar.
BACA >>> Kawasaki Motor Corporation Beli Saham Majoriti Modenas? Apa Sudah Jadi?
Dua storan khas di depan membolehkan pemilik menyimpan barangan kecil. Ruang bawah pelana mampu memuatkan satu helmet muka penuh, dan dua helmet muka terbuka (open face). Bukaan pelana jenis hidraulik memudahkan operasi buka dan tutup, manakala keselesaan tunggangan disokong fork teleskopik (depan) dan swingarm (belakang).
Bahagian roda menggunakan rim aluminium 15 inci dengan tayar 120/70 di depan dan 160/60 di belakang. Visor angin pula boleh dilaraskan dua tahap secara manual. Akhir sekali, sistem brek daripada jenis brek cakera 275mm yang dipadankan bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan dan belakang.
Berminat?
BACA >>> #Spyshot: Kelibat SYM MAXSYM TL Dikesan di Pulau Pinang?
Leave a Reply