• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Honda ADV 150 Pasang Monoshock Macam Abang Besar X-ADV 750

#BikinMotor: Honda ADV 150 Pasang Monoshock Macam Abang Besar X-ADV 750

May 18, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PAKAR modifikasi sentiasa tampil dengan idea luar biasa dan kemahiran skala tinggi. Honda ADV150 dari negara jiran Indonesia ini tampil unit monoshock yang pantas membuatkan pengguna lain terpesona.

x-adv-750-i
x-adv-750-ii

Skuter ini mendapat sentuhan tangan Ian Juno dengan mengambil ilham abang besar X-ADV 750 (foto atas). Jika diperhatikan teliti, tiada banyak perubahan dilakukan. Ini kerana fokus utama adalah mengubah suai bahagian belakang atau swingarm. Jadi, kerja modifikasi hanya membabitkan bahagian itu sahaja dengan menggantikan komponen baharu yang lebih mantap.

Proses itu sebenarnya bukan mudah kerana memerlukan perkiraan yang betul supaya motosikal kekal selesa ditunggang. Suspensi asal ditanggalkan dan digantikan monoshock di tengah casis. Jadi, monoshock ke tengah bawah cenderung ke depan dengan sistem Pro-link.

Perincian kedudukan mounting atas tidak diketahui, tetapi Ian mendakwa menggunakan mounting tambahan yang berfungsi sebagai penguat suspensi. Ini adalah kunci penting jika mahu menghasilkan kualiti pengendalian yang mantap. Material swingarm pula daripada aluminium CNC yang boleh diharapkan ketahanannya.

Tayar digantikan saiz lebih besar daripada jenama Pirelli Diablo Rosso. Ini termasuk set Brembo untuk kaliper belakang dan Tokico di depan. Tidak dilupakan fork terbalik (USD) sebagai pelengkap sistem suspensi, dan ditambahkan kemasan minimum seperti hendal, ekzos aftermarket dan cermin sisi, serta master brek lebih sporty.

Rekabentuk asal ADV 150 masih dikekalkan. Walaupun hanya menukar unit monoshock dan beberapa perincian lain secara minimal, penampilan skuter sport itu kini lagak seperti si abang besar yang garang.

BACA >>> Honda ADV 150 Guna Kit Bore-Up 180cc untuk Dapat Kuasa 15.7hp, Tork Dyno 275Nm
BACA >>> 8 Sebab Kenapa Yamaha NVX 155 Lebih Mahal Berbanding NMAX?

GALERI
Honda ADV150 kustom_1
Honda ADV150 kustom_11
Honda ADV150 kustom_12
Honda ADV150 kustom_9
Honda ADV150 kustom_10
Honda ADV150 kustom_7
Honda ADV150 kustom_13
Honda ADV150 kustom_2
Honda ADV150 kustom_3
Honda ADV150 kustom_4
Honda ADV150 kustom_5
Honda ADV150 kustom_6
Honda ADV150 kustom_8

SUMBER: Iwanbanaran

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda ADV 150, Honda X-ADV 750, kustom, Modifikasi, monoshock, Restorasi, skuter, skuter advencer, skuter maksi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev