• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PKPB: Polis Laksana 144 Sekatan Jalan Raya di Sempadan Negeri, Plaza Tol

PKPB: Polis Laksana 144 Sekatan Jalan Raya di Sempadan Negeri, Plaza Tol

May 16, 2020 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


KERAJAAN mengingatkan orang ramai supaya jangan sekali-kali cuba merentas negeri tanpa kebenaran kerana tindakan tersebut boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342.

Sekatan jalan raya di plaza tol seluruh negara kini sudah mula dilaksanakan dan orang ramai diharapkan dapat memberi kerjasama sepenuhnya dengan mematuhi arahan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenakan 144 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara dan menahan 44 individu atas kesalahan melanggar SOP.

BACA >>> PKPB: Perak Benarkan Solat Jumaat dan Aidilfitri, Tapi Tidak Lebih 12 Orang
BACA >>> Ramalan Tepat, Tempoh PKPB Lanjut Sampai 9 Jun!

RENTAS NEGERI BERISIKO SEBAR PENYAKIT

pkp-sabah-1
pkp-fasa-kedua-2

Walaupun ramai sudah lama tidak berjumpa keluarga di kampung sejak PKP Fasa Pertama dilaksanakan 18 Mac lalu dan ditambah pula sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, Kerajaan tetap bertegas untuk tidak membenarkan sebarang usaha rentas negeri tanpa alasan munasabah dilakukan.

Tindakan itu bukan saja menyebabkan individu berkenaan dikenakan tindakan, tetapi berisiko menularkan penyakit kepada keluarga masing-masing, sekali gus mencetuskan gelombang fasa kedua Covid-19.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan untuk melakukan perjalanan rentas negeri bagi membolehkan mereka berjumpa dengan keluarga, tetapi golongan bujang masih tidak dibenarkan melakukannya.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 SOP ASAS yang Majikan, Pekerja Kena Buat Sepanjang PKPB

HARI KE-12 PKPB

tanda-penjarakan-sosial-rapidkl-pkpb-10
tanda-penjarakan-sosial-rapidkl-pkpb-13

Hari ini adalah hari ke-12 PKPB dilaksanakan sejak 4 Mei lalu, dan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia mencatatkan angka 6,855 kes dengan 112 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, usaha pemurnian data-data mengenai Covid-19 sudah dijalankan dan satu sistem pangkalan data dikenali ‘eCOVID’ sudah dibangunkan. Menerusi sistem itu, pengumpulan data daripada lapangan dapat dijalankan dengan lebih berkesan, cepat dan tepat.

BACA >>> PKPB: Rapid KL Pertingkat SOP, Hadkan Penumpang dan Tambah Kekerapan Tren

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, eCOVID, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), plaza tol, Rentas Negeri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev