• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Malaysia Bakal Lancar Passat, Arteon Edisi R-Line Tahun Ini

Volkswagen Malaysia Bakal Lancar Passat, Arteon Edisi R-Line Tahun Ini

May 13, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

731
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) bakal membawa masuk model R Line Edition untuk Passat dan Arteon ke pasaran tempatan.

Passat R-Line Edition diperkenalkan tahun lalu di Pameran Motor Geneva dengan gaya sporty. Di Eropah, edisi tersebut  dikeluarkan terhad 2,000 unit sahaja untuk varian Passat wagon dalam pilihan warna kelabu Moonstone.

Passat R-Line menampilkan kemasan hitam pada bumbung, rel bumbung, spoiler dan cermin sisi, termasuk frem tingkap, difuser belakang, perumah lampu utama, gril radiator dan kemasan luaran lain. Melengkapkan lagi penampilan adalah perincian lampu belakang LED gelap dan rim Pretoria 19 inci.

Rekabentuk kabin menawarkan kerusi sport R-Line dan panel tengah kulit Nappa. Pedal kaki menggunakan kemasan keluli tahan karat dan sil sisi dengan logo R-Line.

Seperti mana Passat 2.0 TSI Elegance spesifikasi Malaysia, Passat R-Line juga dijana enjin 2.0 TSI berkuasa 188hp dan tork 320Nm dengan transmisi automatik DSG 7-kelajuan.

Volkswagen Passat Variant 4MOTION R-Line Edition.04
Volkswagen Passat Variant 4MOTION R-Line Edition.01
Volkswagen Passat Variant 4MOTION R-Line Edition.02
Volkswagen Passat Variant 4MOTION R-Line Edition.03
volkswagen-passat-rline-4motion-1

BACA >>> Volkswagen Passat 2.0TSI Elegance Lancar di Malaysia, Harga RM188k
BACA >>> Volkswagen Passat Variant 4MOTION R-Line Edition, Wagon Edisi Khas 2,000 Unit Sahaja

VW ARTEON R-LINE, RM290k-RM310k

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter turut mengesahkan akan membawa masuk model Arteon R-Line tahun ini. Dalam Taklimat Virtual Rekabentuk Logo Baharu Volkswagen, beliau berkata, pasaran Malaysia akan menerima enjin 2.0L TSI berkuasa 278hp dan tork 350Nm pada anggaran harga RM290,000 dan RM310,000.

Hantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi kotak gear DSG 7-kelajuan dengan sistem pacuan semua roda, 4Motion. Jika 'Art' membawa maksud fastback, ‘eon’ pula merujuk kepada model premium Volkswagen. Model ini dilengkapi Paparan Info Aktif (AID) dengan skrin TFT yang boleh dikustom untuk memaparkan imej peta penuh. Sistem infotainment Discover Pro terdiri daripada paparan skrin 9.2 inci dan ciri kawalan gestur berserta konektiviti wayarles seperti Apple CarPlay, Android Auto dan MirrorLink.

Tempahan Arteon R-Line sudah dibuka tahun lalu. Ciri kamera 360º daripada input empat unit kamera bersepadu membolehkan pemandu melihat situasi sekeliling kenderaan.

Arteon R-Line hadir dengan pakej gaya dalaman dan luaran R-Line bersama lapan pilihan warna: kelabu (Manganese Grey), hitam (Deep Black), perak (Reflex Silver), merah (Romance Red), kelabu (Urano Grey), kuning (Turmeric Yellow), putih mutiara (Oryx White Pearl) dan perak (Pyrite Silver).

Volkswagen Arteon R-Line - Logo lama R
Volkswagen Arteon R Line_11
volkswagen-arteon-rline-2.0l
Volkswagen Arteon R Line_10
Volkswagen Arteon R Line_8

BACA >>> Volkswagen Passat Variant 4MOTION R-Line Edition, Wagon Edisi Khas 2,000 Unit Sahaja
BACA >>> Volkswagen Malaysia Buka Tempahan Arteon R-Line, Harga Bermula RM290k

Related

731
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, R-Line, Volkswagen Arteon, Volkswagen Passat, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev