• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Suzuki GSX-R150 HP4 Ambil Ilham Superbike BMW S1000RR

#BikinMotor: Suzuki GSX-R150 HP4 Ambil Ilham Superbike BMW S1000RR

May 13, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

166
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN kapcai, pasaran sportbike 150cc juga popular di Vietnam. Cerita modifikasi kali ini mengetengahkan Suzuki GSX-R150 yang menggunakan imej abang besar dari Eropah, BMW S1000RR.

S1000RR ialah superbike BMW yang dibikin untuk berentap dalam Kejuaraan Superbika Dunia (WorldSBK) 2009. Model S1000RR paling terkini ialah HP4 Race, iaitu model khas yang direka khas sebagai jentera trek, dan dijual pada harga lebih setengah juta ringgit!

BMW HP4 Race
Harga BMW HP4 Race Malaysia

HP4 juga menjadi siri BMW yang banyak dijadikan ilham modifikasi pelbagai model lain dan salah satunya adalah GSX-R150 dalam siri Bikin Motor ini. Namun ilham sportbike ini lebih kepada konsep atau tema, dan bukan menyalin rekabentuk superbike tersebut.

Kemasan badan GSX-R150 HP4 ini gak ekstrem dengan eksperimen warna menyilau mata biru dan ungu. Ada pula aksen warna kuning dapat dilihat pada rim dan peg kaki. turut menyerlahkan kontras warna ialah unit fork terbalik (USD) keemasan.

Bahagian fasia menampilkan panel fairing dikustomkan dan tambahan lampu LED, serta digabungkan dengan komponen sirip jerung ilham model BMW S1000RR. Selain itu, padanan lencana HP4 dan BMW tertera pada fairing sisi dan kepala.

Bahagian mekanikal GSX-R150 HP4 tidak berubah, masih mengekalkan enjin 150cc DOHC suntikan bahan api berkuasa 19hp @ 10,500rpm dan 14Nm @ 9,000rpm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan. Panel kluster instrumen digital mudah dibaca yang turut dilengkapi ciri multi info.

BACA >>> #BikinMotor: Naik Taraf Suzuki Katana GSX1100SY (2020) Edisi Final
BACA >>> Imej Paten Enjin Suzuki 250cc Didedahkan, Adakah GSX-R250?

GALERI
Suzuki GSX-R150_2
Suzuki GSX-R150_4
Suzuki GSX-R150_6
Suzuki GSX-R150_3
Suzuki GSX-R150_5
Suzuki GSX-R150_1

SUMBER: MotoSaigon

Related

166
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: bikin motor, bikinmotor, BMW S1000RR, BMW S1000RR HP4, Modifikasi, Restorasi, roda2, sportbike 150cc, Suzuki, Suzuki GSX R-150, Suzuki GSX-R

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev