KETIKA musim hujan memang ramai yang menganggap tidak perlu mencuci motosikal kerana usaha itu hanya sia-sia. Namun, pemikiran sedemikian sebenarnya boleh memberi kesan pada motor anda.
Semoga pembaca tidak memiliki pemikiran seperti itu kerana mencuci motosikal selepas terkena hujan adalah penting sebab air hujan berpotensi merosakkan komponen secara perlahan dan satu persatu jika dibiarkan.
1. ENJIN OVERHEAT
Hal pertama yang akan dirasakan kerana tidak mencuci motor pada musim hujan adalah enjin boleh menjadi overheat kerana air hujan yang meresap boleh menjadi kotoran setelah cukup lama dan bersarang di radiator. Jika itu terjadi hampir pasti enjin akan mengalami panas berlebihan atau overheat.
2. SUSPENSI ROSAK
Selain enjin, bahagian suspensi berisiko rosak setelah kotoran dari air hujan dibiarkan. Kotoran berkenaan boleh menyebabkan gejala suara mendecit dari suspensi yang bukan saja menjengkelkan tetapi komponen berkenaan tidak bekerja secara maksimum dan kurang selesa.
3. RANTAI BERKARAT
Bahagian rantai yang tiada pelindung akan terkena langsung dengan air hujan dan kotoran dari air bertakung di jalan. Jika dibiarkan rantai akan mengalami karat dan mengeluarkan bunyi yang tidak selesa dan jangka masa panjang rantai boleh terputus kerana tidak cukup minyak pelincir dan kering berkarat.
4. KOMPONEN LOGAM
Selain rantai ada juga yang akan berkarat iaitu komponen logam lain seperti penghidup penendang, rim dan lain-lain. Air hujan yang tidak segera dibersihkan akan membuatkan komponen logam itu cepat berkarat dan tidak dapat bekerja dengan baik.
5. BADAN KUSAM
Kotoran yang menempel pada badan motor dan dibiarkan akan menyebabkan bahagian itu menjadi kusam dan bahagian kaki-kaki motor akan ada kerak kotoran yang sukar dibersihkan. Terlebih lagi akan menimbulkan water spot di motor.
Jadi jangan lupa cuci motosikal anda secara berkala terutamanya selepas meredah hujan bagi menghindari risiko di atas berlaku. Tindakan anda dapat memanjangkan umur komponen motosikal. Semoga membantu!.
BACA>>>#ApaNakBuat: Ketahui 6 Tip Menunggang Motosikal Ketika Musim Hujan
BACA>>>Analisis Lakaran Paten Ram Udara, Ekzos Kawasaki ZX-25R, Tidak Boleh Slip-On?
SUMBER: Suzuki.co.id
Leave a Reply