MARC Marquez membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa pernah dihubungi Ducati dan diajak menyertai pasukan itu bagi musim Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 sebelum beliau akhirnya memutuskan untuk bersama Honda selama empat musim lagi.
Juara MotoGP enam kali itu bersetuju memeterai perjanjian empat tahun bersama Honda, sesuatu yang tidak pernah dilakukan mana-mana pasukan MotoGP sebelum ini. Ini bermakna Marquez akan kekal bersama Honda hingga 2024 walaupun musim 2020 pun masih bermula lagi.
BACA >>> Marc Marquez: Satu Hari Nanti Akan Ada Orang Kalahkan Aku
BACA >>> GP Jerman, Belanda dan Finland Dibatalkan, MotoGP 2020 Dijangka Mula Ogos Ini
SUKAR DITEWASKAN
Mula debut bersama Honda pada 2013, Marquez langsung mendominasi kelas premier MotoGP dan kini berada dalam laluan untuk mencabar rekod juara terdahulu, Valentino Rossi (7 kali) dan legenda Giacomo Agostini (8 kali). Kesukaran menewaskan pelumba Sepanyol itu memaksa pasukan lawan sekadar menumpukan kepada usaha menewaskan Honda untuk kategori juara pengilang.
Namun itu tidak bermakna Marquez tidak pernah dihimpit mana-mana pasukan yang mahu mendapat khidmatnya, terutama selepas mengetahui kontrak beliau dengan Honda akan berakhir pada penghujung musim ini. Ducati adalah salah satu pasukan lawan itu.
Risikan Ducati itu didedahkan Marquez ketika ditanya SkySport.it mengenai kemungkinan beliau meninggalkan Honda;
Aku dah 27 tahun, aku ada kontrak untuk empat tahun lagi. Kau tak pernah tau.
"Aku dengar orang cakap yang aku kena menang dengan motor lain juga, tetapi aku buat keputusan dengan hati. Dia orang (Honda) beri aku peluang beralih ke MotoGP dari Moto2 dan untuk menang.
"Aku dengar (risikan) Ducati, tetapi projek Honda adalah terbaik dari sudut pandang kesukanan. Buat masa ini aku cakap tak (berlumba dengan pasukan lain), tetapi masa depan kau tak pernah tau."
KENAPA LAMAR MARQUEZ?
Agak pelik juga kenapa Ducati mahu melamar Marquez sedangkan pasukan itu sudah memiliki barisan pelumba mantap seperti Andrea Dovizioso, Danilo Petrucci, Jack Miller, Pecco Bagnaia dan terbaharu, Johann Zarco. Malah sebelum ini,
Ducati juga dikatakan cuba mendekati pelumba bintang lain seperti Maverick Vinales, Fabio Quartararo, Alex Rins dan Joan Mir untuk dijadikan pelumba musim 2021. Mungkin sekadar cuba nasib, manalah tahu ada rezeki.
Mengenai Marquez, beliau hampir pasti mampu memecahkan rekod MotoGP milik Rossi dan Agostini. Namun, ramai pemerhati (bukan cakap-cakap Malaysia saja) mendakwa status 'KAMBING' (Baca: GOAT) cuma layak diberikan jika beliau mampu membuktikan kemampuan dirinya berlumba dengan pasukan selain Honda.
Setuju?
BACA >>> Boon Siew Honda Akan Bawa Masuk CBR250RR Hujung Tahun Ini?
Leave a Reply