• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Pelajar Jepun Reka Honda Super Cub C100 (1958) Guna Kadbod

Pelajar Jepun Reka Honda Super Cub C100 (1958) Guna Kadbod

May 13, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPASUKAN pelajar dari Jepun menghasilkan Honda Super Cub C100 (1958) menggunakan 50 keping kadbod bersama beberapa material lain. Enam pelajar itu, yang menuntut Sekolah Tinggi Teknik Yawatahama di wilayah Shikoku, selatan Jepun, berkongsi rekacipta tersebut di laman web Super Cub Fansite.

Menariknya, kapcai kadbod itu dibina mengikut saiz sebenar Super Cub C100 dengan perincian hampir sempurna seperti  skru, nat, rim, hon hingga replika logo Honda pada pelana.

Replika Super Cub C100 kadbod tersebut dihasilkan dengan merujuk sumber gambar di Internet kerana sukar mendapatkan rujukan rekabentuk sebenar untuk motosikal yang sudah berusia lebih 60 tahun itu. Pasukan pelajar itu juga belajar teknik rawatan perlindungan kadbod untuk digunakan pada projek tersebut. Malah, sudah membazirkan banyak kadbod kerana gagal mencipta permukaan replika motosikal seperti dimahukan.

BACA >>> Honda Supercub Guna Suspensi Double Wishbone Macam Gold Wing?
BACA >>> #BikinMotor: Mat Motor Vietnam Reka BMW S 1000 RR Versi Kadbod

Kadbod Honda 2
Kadbod Honda 3
Kadbod Honda 4
Kadbod Honda 6

Projek dimulakan dengan bahagian roda, manakala tugasan paling sukar dan banyak memakan masa adalah membina sistem stereng dan fork depan. Bar hendal diposisikan rendah seperti Super Cub C100 sebenar, dan dilengkapi lampu signal belok dan panel instrumen kecil selain cermin sisi.

Terotel minyak dan lampu signal belok dibuat menggunakan bahagian dalaman kadbod supaya berbeza dengan komponen badan lain yang lebih rata. Brek tangan pula dipasangkan spring untuk meniru operasi brek seperti motosikal sebenar. Bahagian bawah pelana dipasangkan rod kayu sebagai sendi pembuka. Frem utama turut menggunakan material kayu kerana lebih kuat dan stabil.

Super Cub C100 (1958) sebenar dipacu enjin 4-lejang silinder tunggal 49cc dengan kuasa maksimum 4.5hp, manakala sistem transmisi jenis rotari 3-kelajuan.

GALERI
Kadbod Honda 1
Kadbod Honda
Kadbod Honda 2
Kadbod Honda 3
Kadbod Honda 4
Kadbod Honda 5
Kadbod Honda 6
Kadbod Honda 8
Kadbod Honda 7

SUMBER: Zing

Related

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda Super Cub C100 (1958), Motosikal Kadbod, Motosikal Replika Kadbod, roda2, Sekolah Tinggi Teknik Yawatahama

Comments

  1. Jan says

    May 14, 2020 at 11:37 AM

    basically macam project kemahiran hidup, tapi lebih rumit. mungkin menarik bagi yang mempunyai hobi seperti pasang Gundam atau Tamiya.

    bagi para riders, kalau x boleh naik, buat apa? haha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev