• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / SYM Bakal Lancar VF3i V3, Model Facelift dengan ABS?

SYM Bakal Lancar VF3i V3, Model Facelift dengan ABS?

May 7, 2020 By Admin PanduLaju 3 Comments

4.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd melancarkan SYM VF3i pada 2018 dengan mendapat status moped pertama dunia dikuasakan enjin 185cc.

Kehadiran model itu secara tidak langsung merancakkan segmen super moped di Malaysia yang sekian lama dimonopoli Yamaha menerusi Y15ZR aka YSuku, Honda (RS150R) dan Benelli (RFS150i). Namun, entah kenapa masih ramai memilih YSuku yang berharga mahal.

Edisi paling terkini ialah VF3i 185 V2, diperkenalkan pada Oktober 2019 sebagai edisi segar semula atau facelift menerusi grafik dan skema warna baharu.

BACA >>> Yamaha Exciter dengan Enjin 155 VVA, ABS Muncul Tahun Ini di Vietnam?

MODEL V3?

Seiring kitaran hayat produk, wakil pengedar rasmi jenama SYM dikhabarkan bakal melancarkan versi terbaharu model itu. Adakah super moped itu akan digelar VF3i 185 V3?

Apakah kelebihannya? Ini kerana versi V2 belum pun setahun di pasaran. Difahamkan model terbaharu itu kelak akan dipasangkan ciri Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dan kuasa dipertingkat. Tidak mustahil SYM akan menala semula kuasa kapcai itu atau menawarkan ekzos baharu.

sym-vf3i-185-v2-standard-8
sym-vf3i-185-v2-se-4
sym-vf3i-185-v2-se-1
sym-vf3i-185-v2-se-5
sym-vf3i-185-v2-se-10

Dari segi prestasi, VF3i dijana enjin 185cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 17.7hp @ 8,500rpm dan tork 15.3Nm @ 7,500rpm, manakalahantaran kuasa disalurkan menerusi kotak gear manual 6-kelajuan. Walaupun seberat 124kg, VF3i mampu memecut hingga 155kmj tanpa sebarang masalah.

Sekiranya benar ada tambahan kuasa, berapakah kelajuan maksimum jentera ini? Kami juga belum dapat maklumat sama ada kapcai tersebut mendapat perubahan kosmetik atau masih mengekalkan rekabentuk lama, cuma berubah seragam dan skema warna.

Di pasaran, VF3i V2 hadir dalam dua varian iaitu Standard dan SE (edisi khas). Menurut sumber, model berkenaan bakal diperkenalkan bulan ini secara atas talian, serentak pengenalan skuter maksi SYM MacSym TL.

* Foto adalah model SYM VF3i V2

BACA >>> SYM VF3i 185 V2 Lancar dengan Warna, Grafik Lebih Trendy, Harga Bermula RM8.3k!
BACA >>> #TunggangUji: Ini Mungkin Reviu Paling Jujur daripada Pemilik SYM VF3i

Related

4.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Facelift, Kapcai, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, Moped, roda2, SYM, sym 185cc, SYM Super Moped VF3i Malaysia, SYM VF3i 185 V2

Comments

  1. I am l says

    May 8, 2020 at 7:12 PM

    Bukan Vf3 v3 tapi vfa n vfb

    Reply
  2. jidin says

    May 19, 2020 at 7:10 PM

    menarik jika v3 ni dinaikkan hp.. pasti akan menambah keyakinan pembeli.. org yg pakai sym 185 ni mmg nakkan top speed sbnarnya.. klu naik hp 3-5 pun dah ok .. mesti rmai tertarik pnya..

    Reply
  3. kenn says

    July 9, 2020 at 9:55 AM

    add ABS is ok, but please not the engine capacity (hp) .. or there will be 'insulting' for the Limited Edition. just let the 19.7hp be the Limited Edition.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev