MASH MOTORS dari Perancis memperkenalkan Desert Force 400, cruiser 400cc yang berkonsepkan motosikal perang Amerika Syarikat (AS) era 1950-60-an.
Tidak ramai pengeluar motosikal berani tampil dengan motosikal konsep perang dan mungkin ini jadi kelebihan buat Mash Motors. Ini kerana model motosikal perang yang masih 'bernyawa' di pasaran sudah pun lanjut usia, berharga tinggi dan sukar mendapatkan alat ganti. Itu belum termasuk kos penyelenggaraan tinggi dan penjagaan rapi.
Desert Force 400 dengan dua pelana mendapat skema warna Desert Storm (kuning air) dengan kontras hitam. Ada beberapa ciri model ini yang mewarisi gaya motosikal lama.
BACA >>> Perang Segmen Sportbike 150cc di Indonesia, Honda CB150R Streetfire Paling Laris!
BACA >>> Peugeot Metropolis 120th Anniversary Custom, Motor Gaya Klasik Era Perang Mahu Dilelong
Antaranya panel badan, pelana rendah yang disokong spring, gril lampu depan, paip ekzos kembar, nombor plat atas fender, rim jejari, tong minyak 10 liter (jerry can) di sebelah kiri dan beg kanvas di sebelah kanan motosikal. Cuma 103 unit dihasilkan yang setiap satu dipacukan enjin silinder tunggal 397cc berkuasa 27hp dan 30Nm tork.
Atas tangki minyak 13 liter ditambah dengan satu beg kulit kecil untuk menyimpan barang. Motosikal ini turut dilengkapi beberapa ciri moden seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), instrumen meter digital dan rekabentuk enjin moden.
Desert Force 400 dijual pada harga €4,995 (RM23,310), lebih mahal €1,000 (RM4,670) berbanding varian Mash Motors lain dalam segmen 400cc. Motosikal ini mungkin jadi lebih menarik jika dipasangkan kabin sisi (side car). Tiada penjelasan diberikan kenapa Mash Motors memilih tema motor perang AS, dan bukan Perancis atau China.
BACA >>> Suzuki GSX-250R Buat Kejutan Di China - Perang Jentera 250cc Kini Bermula!
PIEDIUHHH says
Admin.. up lah pasal Mash Falcone 125... acah scrambler duakati gitewww...