• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Rancang Keluar dari Eropah, Mahu Tumpu Pasaran AS, China dan Jepun

Nissan Rancang Keluar dari Eropah, Mahu Tumpu Pasaran AS, China dan Jepun

May 5, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Motor Co Ltd mungkin menarik diri dari pasaran Eropah dan akan menumpukan kepada tiga pasaran lain, iaitu China, Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Reuters, rancangan menarik diri dari pasaran Eropah adalah strategi baharu Nissan untuk tidak bersaing dalam pasaran kereta penumpang selain meluaskan kerjasama dengan rakan sekutu, Mitsubishi Motors Corp dalam teknologi kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV).

Sementara itu, Renault SA pula akan menumpukan kepada teknologi kenderaan elektrik di Eropah. Menurut sumber, Pelan Prestasi Operasi (OPP) itu sepatutnya diumumkan pada 28 Mei lalu sebagai penyelesaian kepada kemelut dialami Nissan pasca skandal mantan Pengerusi, Carlos Ghosn.

BACA >>> #Spyshot: Nissan Kicks Dikesan di Thailand, Indonesia

Di AS, di bawah pelan tiga tahun, Nissan mensasarkan mengembalikan kerjasama wakil jualan dan tawaran produk lebih segar bagi mendapatkan semula kuasa harga dan keuntungan. Caranya adalah menumpukan pasaran utama dan mengetepikan pasaran kurang menguntungkan.

Rancangan itu dipimpin Ketua Pegawai Operasi (COO), Ashwani Gupta dan bukan Ketua Eksekutif Utama Nissan, Makoto Uchida yang bertujuan melepaskan sumber yang ada untuk pelaburan produk dan teknologi untuk AS, China dan Jepun.

Kesannya, walaupun kami mengurangkan perbelanjaan kajian dan penyelidikan (R&D) tahun ini berbanding tahun lalu dan membuat penjimatan lain, kami mengembalikan sumber digunakan ke pasaran utama dan produk teras," kata sumber enggan dikenali.

Rancangan itu mungkin memerlukan masa hingga dua minggu untuk diselesaikan berikutan kesan jangka panjang disebabkan krisis Covid-19. Malah, Nissan juga kurang produktif dalam pelancaran model di Jepun.

BACA >>> Nissan Patrol (2020) Kini Lebih Sporty dan Elegan

MODEL KHAS UNTUK CHINA, FOKUS PRODUK HANGAT

Kilang Nissan Jepun
kilang nissan UK
Kilang Nissan Washington

Di bawah pelan baharu, Nissan akan memperkenalkan enam model baharu atau versi dipertingkat (facelift) untuk tiga tahun akan datang bagi mengekalkan purata kitaran hayat produk bawah 2.5 tahun.

Di China pula, rancangan baru Nissan melibatkan rekabentuk kenderaan khas untuk pengguna di pasaran negara itu, dan bukan menawarkan kereta yang dibikin untuk pembeli AS. Sementara itu di Asia, Nissan akan meluaskan penjualan di Thailand, Filipina dan Australia dengan menghasilkan kira-kira 90 peratus jualan dan keuntungan, tidak termasuk pasaran China, Jepun dan India.

Namun, rancangan baharu itu memerlukan barisan pengeluaran lebih ketat dan disasarkan di negara seperti India, Indonesia, Malaysia, Afrika Selatan, Rusia, Brazil dan Mexico, seperti menumpukan kepada model kenderaan utiliti sukan (SUV), Patrol yang mendapat sambutan di Afrika dan Timur Tengah.

Jadi, Nissan mungkin perlu menutup lebih 14 barisan pemasangan yang akan diumumkan Julai nanti. Pada Mac lalu, pengeluar automotif Jepun itu ada mengumumkan rancangan menutup kilang di Indonesia.

BACA >>> Ghosn: Nissan Bankrap Dua Tahun Lagi

Related

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2018 Nissan Serena S-Hybrid, Ashwani Gupta, Auto Terkini, autoterkini, Carlos Ghosn, CEO Nissan, Makoto Uchida, Nissan, Nissan Eropah, Nissan Motor Co Ltd, Skandal Carlos Ghosn, Skandal Nissan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev