RAPID KL mengeluarkan jadual kekerapan dan peraturan kawalan pergerakan penumpang dalam usaha meningkatkan langkah pencegahan dan keselamatan kepada semua penumpang yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di bawah seliaan pengendali itu.
Berikut prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan Rapid KL di setiap platform dan dalam tren.
- Pegawai Stesen akan mengawal pergerakan penumpang sebelum dan selepas dari pintu masuk automatik.
- Penumpang dibenarkan masuk dan bergerak ke platform dalam jumlah had tertentu. Masa menunggu mungkin sedikit lama.
- Penumpang wajib pakai topeng muka dan guna pembersih tangan.
- Penumpang diminta amalkan penjarakan sosial di platform dan dalam tren. Sila peka dengan tanda pada lantai platform dan kerusi tren.
- Ada pemeriksaan suhu sebelum masuk stesen.
BACA >>> #TahukahAnda: 5 SOP ASAS yang Majikan, Pekerja Kena Buat Sepanjang PKPB
BACA >>> PKPB: Satu Kereta Boleh Bawa Empat Orang Mula Esok
TAMBAH KEKERAPAN PERJALANAN
Dalam usaha menangani situasi kelewatan disebabkan langkah mengehad jumlah masuk penumpang ke platform dan tren, Rapid KL mengambil inisiatif menambah kekerapan perjalanan sepanjang Ramadan ini, bermula 4 Mei.
Jadual operasi dan kekerapan tren adalah seperti berikut:
Tempoh Waktu Puncak
- Waktu puncak pagi - 7 pagi - 11 pagi
- Waktu puncak petang - 4 petang - 7 malam
Kekerapan
- LRT Laluan Kelana Jaya - 3 minit
- LRT Laluan Ampang/Sri Petaling - 6 minit
- MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang - 4 minit
- Laluan KL Monorel - 6 minit
NORMA BAHARU PENGGUNA BAS
Sementara itu, bagi pengguna bas Rapid KL, ada beberapa norma baharu yang perlu disesuaikan sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, iaitu:
- Penjarakan sosial - Ketika menunggu dan dalam bas, ermasuk ketika naik dan turun kenderaan.
- Amalkan kebersihan diri sepanjang masa
- Rancang perjalanan sebelum keluar rumah - Layari myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk
- Pakai topeng muka di dalam bas dan tempat awam
- Bilangan penumpang dihadkan - Lihat pada notis di cermin bas untuk ketahui jumlah had penumpang
Leave a Reply