HONDA Malaysia hari ini, 29 April, mula membuka operasi pusat servis dan jualan secara berperingkat selepas mendapat kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan mematuhi beberapa syarat ditetapkan.
Honda Malaysia juga menegaskan akan mengambil langkah penjagaan serius di seluruh pusat servis dan jualan bagi melindungi keselamatan pelanggan dan kakitangan dengan mengikut panduan dan peraturan ditetapkan MITI dan badan berkaitan lain.
BACA >>> Honda Jepun Ubah Suai Odyssey, StepWGN untuk Bawa Pesakit Covid-19
Selain itu, pembersihan dan pembasmian kuman yang kerap akan dijadikan rutin asas di semua kemudahan Honda. Bagi mengekalkan penjarakan sosial pula, pelanggan yang mahu melakukan servis kereta cuma perlu meninggalkan kereta (drop off) di pusat jualan tanpa perlu melakukan sebarang kontak.
Malah, jadual servis dibuat secara janji temu. Kaedah servis baharu itu juga membolehkan pelanggan berbincang dan mendapat kemas kini baharu atau mengajukan sebarang pertanyaan dengan menelefon penasihat servis.
Selain itu, langkah tambahan lain diambil adalah memastikan kebersihan kakitangan penasihat servis menerusi pemeriksaan suhu badan, mengamalkan amalan mencuci tangan dan mengekalkan jarak sosial 1 meter.
Honda Malaysia turut menyediakan stesen pembersihan untuk kemudahan penasihat perkhidmatan dan pelanggan, manakala beberapa kawasan tertentu akan dihadkan atau ditutup untuk memastikan keselamatan pelanggan.
Berikut senarai wakil selepas jualan yang menerima kelulusan memulakan operasi:
BACA >>> Honda Malaysia Tayang Civic Type R Mugen, Not For Sale!
Leave a Reply