• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusat Servis dan Jualan Honda Malaysia Mula Operasi Hari Ini

Pusat Servis dan Jualan Honda Malaysia Mula Operasi Hari Ini

April 29, 2020 By AI Leave a Comment

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia hari ini, 29 April, mula membuka operasi pusat servis dan jualan secara berperingkat selepas mendapat kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan mematuhi beberapa syarat ditetapkan.

Honda Malaysia juga menegaskan akan mengambil langkah penjagaan serius di seluruh pusat servis dan jualan bagi melindungi keselamatan pelanggan dan kakitangan dengan mengikut panduan dan peraturan ditetapkan MITI dan badan berkaitan lain.

BACA >>> Honda Jepun Ubah Suai Odyssey, StepWGN untuk Bawa Pesakit Covid-19

Selain itu, pembersihan dan pembasmian kuman yang kerap akan dijadikan rutin asas di semua kemudahan Honda. Bagi mengekalkan penjarakan sosial pula, pelanggan yang mahu melakukan servis kereta cuma perlu meninggalkan kereta (drop off) di pusat  jualan tanpa perlu melakukan sebarang kontak.

Malah, jadual servis dibuat secara janji temu. Kaedah servis baharu itu juga membolehkan pelanggan berbincang dan mendapat kemas kini baharu atau mengajukan sebarang pertanyaan dengan menelefon penasihat servis.

Selain itu, langkah tambahan lain diambil adalah memastikan kebersihan kakitangan penasihat servis menerusi pemeriksaan suhu badan, mengamalkan amalan mencuci tangan dan mengekalkan jarak sosial 1 meter.

Honda Malaysia turut menyediakan stesen pembersihan untuk kemudahan penasihat perkhidmatan dan pelanggan, manakala beberapa kawasan tertentu akan dihadkan atau ditutup untuk memastikan keselamatan pelanggan.

Berikut senarai wakil selepas jualan yang menerima kelulusan memulakan operasi:

BACA >>> Honda Malaysia Tayang Civic Type R Mugen, Not For Sale!

Artikel Berkaitan

35
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Honda, Honda Malaysia, Honda Malaysia 4S, pusat servis, Pusat Servis Honda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
    Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia
    FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my