• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki Taiwan Kemas Kini Warna GSX-R150 (2020), Termasuk Seragam Ecstar MotoGP

Suzuki Taiwan Kemas Kini Warna GSX-R150 (2020), Termasuk Seragam Ecstar MotoGP

April 26, 2020 By Brader Shawn 2 Comments

734
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Motor Taiwan melancarkan GSX-R150 (2020) versi dipertingkat (facelift) dalam empat pilihan warna, termasuk seragam khas sempena ulang tahun ke-100 penubuhan ibu pejabat pertama Suzuki di Jepun.

Model yang dijangka mendapat sambutan ialah GSX-R150 100th Anniversary Ecstar MotoGP Replica, manakala tiga lagi warna ditawarkan ialah Cool Black and Red (merah-hitam), Dazzling Black and Yellow (kuning-hitam) dan Constrained Black (hitam).

Taiwan pernah mencatat jualan tahunan 8,000 unit sportbike GSX-R150 dan naked bike GSX-S150 pada 2017. Malah Taiwan menjadi pasaran utama untuk siri GSX kelas 150cc.

BACA >>> Indonesia Lancar Suzuki GSX-R150 (2019) dengan 4 Kemas Kini Terbaharu

Varian aniversari GSX-R150 mengambil ilham seragam biru-perak pada jentera lumba pasukan Suzuki Ecstar MotoGP. Lencana 'S' Suzuki dan R (GSX) pada fairing sisi dan ekor berwarna merah.

Panel fairing varian merah dan kuning didominasi warna hitam dengan grafik fon Suzuki bersaiz besar. Kedua-dua varian itu menggunakan rim sport hitam, termasuk versi Ecstar MotoGP. Varian serba hitam pula menampilkan rim merah supaya kontras dengan warna badan.

GSX-R150 (2020) dipacu enjin 4-lejang silinder tunggal 147cc DOHC berkuasa 19hp @ 10,500rpm dan tork maksimum 14Nm @ 9,000rpm serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan. Berat motosikal ini cuma 136kg.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan unit absorber jenis multilink Showa di belakang, manakala sistem brek menggunakan jenis cakera dengan dibekalkan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch di depan dan belakang. Lampu utama kini menggunakan teknologi LED untuk pencahayaan lebih jelas.

Pratempahan kini dibuka hingga 30 Jun ini, dan proses penghantaran dijangka bermula pertengahan Jun nanti. Harga sportbike ini ialah NT$128,000 (RM18,542).

BACA >>> Suzuki Lancar GSX-R1000R (2020) Edisi MotoGP

GALERI

SUMBER: SuzukiTaiwan | BikeAdvice

Related

734
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, sportbike, Suzuki GSX-R150, Suzuki GSX-R150 100th Anniversary Ecstar MotoGP Replica, Suzuki Motorcycle Taiwan

Comments

  1. Jan says

    April 27, 2020 at 12:10 PM

    sayangnya x msuk malaysia, boleh jadi pesaing berat R15 ni

    Reply
  2. Kibun says

    September 27, 2020 at 4:25 PM

    Masuk...November ni...tunggu je..pastikan slalu buka website suzuki malaysia..dorang tgh update website..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my