• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Indonesia Lancar Suzuki GSX-R150 (2019) dengan 4 Kemas Kini Terbaharu

Indonesia Lancar Suzuki GSX-R150 (2019) dengan 4 Kemas Kini Terbaharu

May 23, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Indonesia memperkenalkan GSX-R150 (2019) baharu versi kemas kini dengan menampilkan empat pembaharuan ringkas.

Sportbike 150cc itu hadir dengan grafik baharu menerusi fon tulisan Suzuki berwarna kuning dan strip putih-kuning pada fairing dan badan berlatarkan warna hitam, manakala tiga pembaharuan lain melibatkan panel meter, suis penghidup tanpa kunci (keyless) dan lampu bahaya.

BACA >>> Indonesia Lancar Suzuki GSX-R150 Matt Edition Warna Merah Kusam

Selain warna lebih segar, Suzuki Indonesia menukar warna panel meter kepada visual kontras. Paparan digital kini bukan lagi hitam dengan latar kuning atau cerah. Sebaliknya, sebaik saja enjin dihidupkan, panel meter akan menyalakan latar skrin hitam atau gelap, manakala fon digital berwarna cerah, digelar panel LCD digital negatif.

Ciri baharu ini memudahkan lagi pemilik membaca segala maklumat motosikal yang dipaparkan ketika menunggang seperti halaju, rev dan bar minyak.

BACA >>> #ApaNakBuat: 2 Tip Pantas Bagaimana Membonceng Sportbike dengan Betul

Tidak ketinggalan, versi penghidup tanpa kunci (keyless) mendapat sentuhan LED biru sekeliling suis penghidup yang menyala apabila kunci dipulas. Ciri baharu itu nyata unik dan tersendiri kerana varian lain hanya dilengkapi satu titik lampu biru menyala ketika dihidupkan.

Akhir sekali ialah ciri lampu bahaya yang diletakkan pada bar hendal kanan yang boleh diaktifkan menerusi suis dengan mekanisma tolak ke kiri.

GALERI

SUMBER: IwanBanaran

Artikel Berkaitan

3.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: sportbike, sportbike 150cc, Suzuki, Suzuki GSX-R, Suzuki GSX-R150, Suzuki GSX-R150 (2019), Suzuki Indonesia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mahmood Razak CEO Baharu Puspakom! Kuat Kuasa 1 Oktober 2023
    Mahmood Razak CEO Baharu Puspakom! Kuat Kuasa 1 Oktober 2023
  • Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang dengan Pemandu Berjaya Selamatkan Diri
    Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang dengan Pemandu Berjaya Selamatkan Diri
  • Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga RM81k!
    Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga RM81k!
  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my