BMW Group Malaysia (BGM) buat kali pertama di Malaysia melancarkan BMW 840i Gran Coupé M Sport secara virtual menerusi laman shop.bmw.com.my pada harga jualan RM968,800.
Pada Mac lalu, BGM memperkenalkan BMW M850i xDrive Coupé untuk pasaran tempatan dan mendapat sambutan baik daripada kalangan peminat jenama Jerman itu. Meneruskan keterujaan sama, BGM tidak menunggu lama untuk membawa masuk pula coupe sport 4-pintu paling mewah setakat ini.
BACA >>> BMW 'The 8' - Coupe Sport Mewah dengan Prestasi Super Kini di Malaysia, RM1.1 Juta
Berikut 10 fakta menarik yang perlu anda tahu tentang BMW 840i Gran Coupé M Sport:
1. Coupé BMW ini dikuasakan enjin 6-silinder sebaris 3.0L TwinPower Turbo berkuasa 340hp @ 5,000-6,500rpm dan tork 500Nm @ 1,600-4,500rpm. Hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi Steptronic Sport 8-kelajuan. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai sepantas 5.2 saat, manakala kelajuan maksimum 250kmj.
2. Rupa luaran menampilkan gril signatur 'buah pinggang' lebar yang menyerlahkan imej pusat graviti lebih rendah. Ia dipadankan dengan ambilan udara M Sport besar bawah bampar dan lampu utama LED dengan lampu siang (DRL) berserta ciri bantuan lampu suluh tinggi (AHB). Berbanding model BMW lain, rekaan lampu utama model ini lebih tirus.
3. Coupe mewah ini juga dipadankan kit aerodinamik BMW M sebagai tambahan kepada pakej standard BMW M Sport. Siluet coupe dapat dilihat pada jarak roda (wheelbase) panjang dan garis bumbung bentuk coupé yang melandai ke belakang.
4. Lampu belakang LED bentuk L menyerlahkan visual lebar dan dilengkapkan dengan paip ekzos dengan difuser pakej M Sport.
5. Jarak roda dipanjangkan 200mm. Ini membolehkan pintu belakang dibina tanpa bingkai, dan memberikan ruang kabin lebih luas. Bahagian roda dipsangkan rim aloi ringan M 20 inci dengan paten jejari Y dan dibalut tayar bersaiz 245/35 di depan dan 275/30 di belakang.
6. Bumbung panoramik memberikan tambahan cahaya ke dalam ruang kabin yang mendapat kemasan mewah seperti berikut:
- Lapik kepala Anthracite BMW Individual
- Kemasan kulit tambahan Merino BMW Individual
- Kemasan kulit kelabu metalik berkilat
- Elemen kaca aplikasi 'Crafted Clarity'
- Sil pintu iluminasi M
- Panel instrumen dan kemasan kulit hitam 'Walknappa' pada panel pintu kulit hitam dengan sulaman benang kontras
- Stereng kulit M
7. Bagi ketenangan pemanduan, model ini menyediakan sistem hiburan dan komunikasi lengkap, terdiri daripada:
- Pakej BMW Connected Professional merangkumi Panggilan Kecemasan Pintar, Teleservice, Servis Concierge dan Servis Remote, Apple CarPlay, Kunci BMW Digital dan Bantuan Personal Pintar
- Kawalan Gerakan Tangan BMW
- BMW Live Cockpit Professional dengan paparan skrin digital penuh 12.3-inci
- Sistem Navigasi Profesional BMW bersama skrin sentuh 10.25-inci dengan sistem yang disokong oleh cakera keras termasuk kemudahan penyimpanan fail audio
- Fungsi tambahan untuk peranti bluetooth / USB dengan pengecasan tanpa wayar, sistem bunyi sekeliling Harman Kardon (464W, 16 pembesar suara)x
8. 840i Gran Coupé M Sport dilengkapi ciri Driving Assistance Professional seperti berikut:
- Kawalan Jelajah Aktif (ACC) dengan fungsi henti-gerak (Stop & Go)
- Amaran Tukar Lorong (LCW)
- Bantuan Kekal Lorong (LKA) dengan perlindungan rempuhan sisi aktif
- Bantuan Kawalan Lorong dan Stereng (SLCA)
- Bantuan Tukar Lorong (LCA)
- Amaran Perlanggaran Depan (FCW) dengan bantuan brek
- Amaran Trafik Lintas (CTA) depan dan belakang
- Elak rempuhan belakang (RCP)
- Amaran lintas jalan dengan fungsi brek bandar
- Bantuan parkir Parking Assistant Plus dengan kamera papar keliling
9. Ada enam pilihan warna ditawarkan:
- Barcelona Blue
- Sonic Speed Blue
- Carbon Black
- Black Sapphire
- Mineral White
- Sunset Orange
Warna pilihan akan dipadankan dengan kemasan kulit BMW Individual dalam pelbagai kombinasi warna premium seperti Black, Night Blue, Cognac, Tartufo dan Fiona Red.
10. Pelanggan boleh membuat tempahan BMW 840i Coupé M Sport secara atas talian menerusi shop.bmw.com.my dengan bayaran deposit RM10,000.
BACA>>>10 Fakta Pantas: BMW Z4 sDrive30i M Sport Kini di Malaysia, Harga RM480k
Leave a Reply