• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Buka Semula Pusat Servis Terpilih Seluruh Negara

Toyota Buka Semula Pusat Servis Terpilih Seluruh Negara

April 22, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SERENTAK pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia bermula 18 Mac lalu, semua perniagaan kecuali perkhidmatan penting dikehendaki menghentikan operasi.

Pusat servis kenderaan antara operasi perniagaan yang perlu ditutup, tetapi servis dan bantuan kecemasan dibenarkan. Susulan lanjutan pelaksanaan PKP Fasa Ketiga sehingga 28 April 2020, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan syarikat automotif menyambung semula perkhidmatan selepas jualan di cawangan terpilih.

BACA >>> KPDNHEP: Kedai Dobi, Elektrik, dan Barangan Logam Boleh Operasi Sepanjang PKP

UMW Toyota Motor (UMW Toyota) mendapat kelulusan MITI untuk membuka Pusat Servis rasmi Toyota terpilih dan memulakan operasi servis untuk kecemasan dan keperluan servis segera dalam kapasiti minimum.

Bagaimanapun, servis ditawarkan adalah mengikut jadual janji temu. Pelanggan perlu menghubungi pusat servis terdekat untuk mengesahkan pembukaan operasi pusat servis itu dan seterusnya menetapkan tarikh dan masa sesuai sebelum datang ke premis. Pelanggan juga dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan PKP.

Toyota juga akan memastikan aspek keselamatan dan perlindungan pelanggan dititikberatkan di Pusat Servis yang dibuka seperti melaksanakan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter.

BACA >>> #Videotomotif: Kenapa Mamat Ni Minat Sangat Toyota Hilux?

Sementara itu, kenderaan Toyota yang tempoh jaminan sah berakhir dalam tempoh PKP ini akan diberikan lanjutan 30 hari bermula hari terakhir PKP. Syarikat juga akan terus menyediakan sokongan dan bantuan kepada semua pelanggan yang mengalami kecemasa. Sebarang pertanyaan sepanjang tempoh PKP boleh hubungi hotline sedia ada.

BACA>>>#PanduUji: Adakah Toyota Vios (2019) dengan Rupa Moden Masih Relevan?

Pelanggan boleh hubungi nombor telefon seperti di bawah:

Related

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: arahan covid-19, autoterkini, Covid-19, Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP fasa ketiga, Pusat Servis Toyota, Toyota, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my