• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Model Volkswagen Paling Laris 2019, Bukan Golf Tapi Tiguan!

Model Volkswagen Paling Laris 2019, Bukan Golf Tapi Tiguan!

April 20, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

252
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda X70 ialah model Proton kedua paling laris sepanjang 2019 mengatasi Persona?

X70 terjual 26,331 unit, manakala Persona 21,876 unit. Saga pula menjadi model paling laris dengan 38,144 unit. Namun, prestasi X70 diakui hebat kerana kenderaan utitiliti sukan (SUV) itu dijual pada harga berkali ganda tinggi berbanding dua lagi model dengan harga lebih mampu milik.

Satu lagi data yang boleh difahami, model SUV sememangnya mempunyai kekuatan tersendiri dalam menawan hati pengguna. Jika Proton pun begitu, apatah lagi Volkswagen Group sebagai gergasi konglomerat automotif dunia.

volkswagen-logo
volkwagen-tiguan-plant

Volkswagen baru saja mengumumkan jumlah pengeluaran SUV Tiguan kini sudah lebih 6 juta unit dengan 910,926 unit dijual sepanjang tahun lalu.

Angka begitu besar menjadikan Tiguan sebagai model Volkswagen dan Volkswagen Group paling laris pada 2019 dengan mengalahkan Golf dan Polo. Malah, SUV itu memasuki banyak pasaran antarabangsa membabitkan 80 peratus negara dunia.

Tiguan juga adalah SUV paling berjaya Eropah, dan fakta mendedahkan satu per tiga SUV popular dunia adalah Tiguan. Sebanyak 2,495 unit Tiguan dihasilkan sehari pada 2019, dan secara purata SUV itu dikeluarkan setiap 35 saat di kilang serata dunia.

VOLKSWAGEN TIGUAN GENERASI I

Mengimbau sejarah, Tiguan generasi pertama diperkenalkan pada Pameran Motor Antarabangsa (IAA) Frankfurt 2007. Sejak itu Tiguan menikmati pelbagai kejayaan dengan pengeluaran pada 2008 mencapai lebih 150,000 unit.

Model Tiguan versi dipertingkat (facelift) diperkenalkan pada 2011 dan model itu sekali lagi memecahkan rekod tahunan apabila buat kali pertama merekodkan jumlah pengeluaran yang ke-500,000 unit.

GENERASI KEDUA DENGAN PLATFORM MQB

VOLKSWAGEN TIGUAN GENERASI II

Tiguan generasi kedua kemudian menjengah pasaran pada April 2016 dan dibina berasaskan platform Modular Transverse Toolkit (MQB). Berbeza generasi pertama, rekabentuk Tiguan generasi kedua ini lebih dinamik dan energetik dengan ruang kabin lebih luas dan jarak roda (wheelbase) lebih panjang.

Tidak sekadar berpuas hati dengan produk popular, Volkswagen pada 2017 memperkenalkan Tiguan versi XL dalam saiz lebih besar menerusi tambahan jarak roda 110mm. Model ini didatangkan dengan 7-kerusi, dan di sesetengah pasaran dikenali sebagai Tiguan Allspace.

VOLKSWAGEN TIGUAN ALL SPACE

Keputusan itu nyata tepat apabila 55 peratus jumlah pengeluaran keseluruhan Tiguan kini datang daripada model lebih besar tersebut. Di Amerika misalnya, hanya Tiguan versi XL dijual, manakala di China dikenali sebagai Tiguan L yang juga menjadi model terlaris berbanding versi kecil.

VOLKSWAGEN TIGUAN PHEV

Pada Oktober 2019, Volkswagen memperkenalkan Tiguan L dengan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV). Tiguan sudah pun memasuki kitaran pertengahan produk dan pengeluar dari Jerman itu kini sedang bersiap melancarkan versi dipertingkat untuk 2020.

BACA >>> #PanduUji: Volkswagen Tiguan JOIN yang Serba Cukup

Related

252
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kumpulan Volkswagen, Roda4, SUV, Volkswagen, Volkswagen Group, volkswagen tiguan, vw, VW Tiguan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev