• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda3 Menang Anugerah Rekabentuk Kereta Terbaik Dunia (WCDY) 2020

Mazda3 Menang Anugerah Rekabentuk Kereta Terbaik Dunia (WCDY) 2020

April 13, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS Mazda MX-5 menerima anugerah Rekabentuk Kereta Terbaik Dunia (World Car Design of the Year, WCDY) 2016, kini model kedua, Mazda3 pula mendapat anugerah sama tahun ini.

Kejayaan tersebut dicapai hasil daripada pengenalan falsafah rekabentuk baharu pada 2010, dipanggil 'Kodo: Soul of Emotion' yang membawa maksud 'meniupkan nafas kehidupan untuk sebuah kereta'. Hasilnya, Mazda tampil berbeza dengan menghasilkan rekabentuk revolusioner yang selangkah ke depan berbanding jenama Jepun utama lain.

BACA >>> Inilah 7 Perkara Anda Patut Tahu Mengenai Mazda3 (2019) - Harga Bermula RM139k

Mazda percaya kereta bukan sekadar jisim logam, tetapi makhluk hidup. Jadi ikatan emosi antara pemandu dan kereta mesti diwujudkan sama seperti hubungan kuda dan penunggangnya.  Anugerah istimewa sempena Anugerah Kereta Dunia (World Car Awards, WCA) 2020 itu sudah dianjurkan sejak 2004 yang dikendalikan kumpulan wartawan automotif  antarabangsa. Tahun ini, seramai 86 wartawan dari lebih 25 negara dipanggil menjadi juri.

Mazda3 baharu memasuki pasaran Malaysia sekitar Julai tahun lalu. Ada dua versi diperkenalkan, iaitu Sedan dan Hatchback dalam dua pilihan enjin SkyActiv-G: 1.5L (118hp, 153Nm) dan 2.0L (162hp, 213Nm). Kedua-dua enjin dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan SkyActiv-Drive.

BACA >>> #PanduUji: Segala yang Seksi Tentang Mazda3 Hatchback

Related

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anugerah Kereta Dunia (WCA), autoterkini, Kodo: Soul of Emotion, mazda, mazda3, Rekabentuk Kereta Terbaik Dunia (WCDY) 2020, Roda4, WCA 2020, World Car Awards (WCA), World Car Design Of The Year, World Car Design of the Year (WCDY) 2020

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my