• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengeluar Motosikal Dunia Minta Tangguh Syarat Emisi Euro5

Pengeluar Motosikal Dunia Minta Tangguh Syarat Emisi Euro5

April 9, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERMULA 1 Januari 2021, setiap motosikal baharu yang mahu dijual di pasaran negara Kesatuan Eropah (EU) diwajibkan mematuhi standard emisi Euro5.

Namun, banyak pengeluar mendakwa mengalami kesukaran menyiapkan barisan produk patuh Euro5 disebabkan penularan wabak Covid-19 yang menjejaskan operasi, proses pembangunan dan jualan motosikal seluruh dunia.

Covid-19 diisytiharkan sebagai pandemik global itu menyebabkan keseluruhan rantaian industri pengeluaran motosikal menjadi kucar-kacir hingga memaksa kumpulan pengeluar menggesa penguatkuasaan syarat emisi Euro 5 ditangguhkan kepada 2022.

Sebenarnya, piawaian Euro5 bukan dibuat dalam tempoh semalaman kerana sudah mula digariskan hampir sedekad lalu, termasuk tempoh pelaksanaan. Walaupun sudah kerap diberikan amaran, masih banyak model motosikal moden di pasaran tidak patuh piawaian baharu itu.

BACA >>> Regulasi Euro5 Punca Suzuki Burgman Henti Jualan di Eropah Hujung Tahun Ini

EURO5 4
EURO5 2
EURO5

Tarikh akhir menjual motosikal kelas Euro4 ke pasaran EU ialah 31 Disember 2020. Ada beberapa pengeluar cuma perlu melakukan modifikasi minimum, tetapi masih banyak pengeluar perlu menaik taraf total untuk mematuhi Euro5.

Mungkin ada beranggapan piawaian Euro5 cuma untuk pasaran Eropah. Sebenarnya, piawaian Euro itu sudah jadi seperti standard global yang turut diikuti atau menjadi rujukan banyak negara dunia seperti China, India, Jepun dan Amerika Syarikat.

Menurut piawaian Euro5, antara syarat yang perlu dipatuhi semua pengeluar motosikal adalah merendahkan kadar emisi daripada apa ditetapkan Euro 4. Contohnya:

KARBON MONOKSIDA
Euro5: 1,000mg/km
Euro4: 1,140mg/km

HIDROKARBON
Euro5: 100mg/km
Euro4: 170mg/km

HIDROKARBON BUKAN METANA
Euro5: 68mg/km
Euro4: Tiada

NITROGEN OKSIDA
Euro5: 60mg/km
Euro4: 90mg/km

KESAN EURO 5 TERHADAP PENGELUAR, MOTOSIKAL SEDIA ADA

Peraturan piawaian ini cuma tertakluk kepada unit motosikal baharu dan belum didaftarkan untuk kegunaan atas jalan. Justeru, pemilik motosikal sedia ada tidak perlu bimbang kerana ia tidak menjejaskan pemilikan danm syarat sah tunggangan atas jalan.

Kesan buruk, pengeluar motosikal berdepan risiko mahu menghabiskan stok lama dan tiada pilihan lain selain menamatkan pengeluaran beberapa model.

BACA >>> Dokumen Kawasaki Ninja 1000 (2020) Didedahkan, Patuh Euro 5 yang Lebih Mesra Alam

SUMBER: Bennetts| MotorPasionMoto

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Eropah, Euro4, Euro5, Kesatuan Eropah (EU), Standard Emisi, Standard Emisi Eropah, Syarat Emisi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev