SELURUH negara kini sedang berdepan pandemik Covid-19 dan bertarung untuk menghapuskan rantaian wabak tersebut. Rakyat disuruh mengamalkan kebersihan sama ada berada dalam atau luar rumah.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita dinasihat mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti menjaga jarak sosial, mengekalkan aspek kebersihan betul, tidak menghadiri perhimpunan besar dan duduk di rumah. Namun, kita masih dibenarkan keluar utnuk membeli barangan dapur dan hal penting sahaja.
Apakah cara penjagaan kereta terbaik yang boleh dilakukan dalam usaha mencegah penularan wabak. Ya, Proton ada berkongsi 3 tip yang boleh ada ikut seperti di bawah ini.
1. PEMBERSIHAN NYAH JANGKIT
Kerap buat pembersihan nyah jangkit pada permukaan yang selalu disentuh seperti:
- Stereng
- Tombol gear
- Hendal dan pemegang pintu (dalam dan luar)
- Punat tekan mula (start-stop)
- Kunci kereta
Ini kerana ada kajian yang menyatakan virus Covid-19 mampu bertahan atas permukaan plastik dan keluli selama 2-3 hari. Lap semua permukaan, terutama selepas balik dari membeli barangan keperluan.
Ada juga bahagian lain yang perlu dibersihkan dengan teliti seperti:
- Unit infotainmen jenis skrin sentuh seperti ada pada Proton X70 - guna kain lembut yang disembur sedikit cecair antibakteria.
- Kerusi kenderaan - bersihkan secara berkala. Sila ambil perhatian, kerusi kulit mungkin tidak sesuai untuk menggunakan cecair nyah kuman. Gunakan cecair yang sesuai. Selepas dilap, pastikan permukaan kerusi benar-benar kering supaya tidak meninggalkan kesan bertompok atau merekah.
BACA >>> Agong Pandu Sendiri Proton X70 Premium 2WD CBU
2. GUNA ALAT BEBAS TANGAN
Antara cara meminimumkan sentuhan dalam kenderaan adalah menggunakan fungsi bebas tangan seperti arahan suara (voice command) untuk mengendalikan operasi kereta seperti membuka radio, memainkan strim muzik dan menggunakan navigasi serta buka but guna sensor kaki.
BACA >>> Proton X70 CKD Lancar! 10 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Bermula RM94,800!
3. BERSIHKAN UDARA DAN TENANGKAN MINDA
Penggunaan penulen udara (air purifier) mampu menyegarkan udara dalam kenderaan dengan fungsi menapis dan menyingkirkan gas berbahaya dan bau busuk, termasuk membunuh bakteria. Sesetengah kenderaan seperti Proton X70 sudah siap dilengkapi sistem ini pada sistem penyaman udara.
Sepanjang tempoh PKP, Proton mengharapkan semua pengguna dapat mengamalkan kebersihan yang baik dan duduk di rumah. Diharapkan panduan dikongsi Proton ini dapat memberikan manfaat untuk kesejahteraan semua. Bersamalah kita melawan wabak yang melanda negara tercinta ini.
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cuci Kabin Kereta untuk Hapus Kuman Covid-19
Leave a Reply