• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / TERGEMPAR!!! Gambar Perodua Sedan Bocor?

TERGEMPAR!!! Gambar Perodua Sedan Bocor?

June 13, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Perodua SedanTIADA lagi rahsia! Akhirnya gambar Perodua sedan bocor di laman sosial. Berdasarkan gambar tersebar, model baharu  itu kelihatan diambil di kawasan kilang Perodua. Persoalannya, apakah reaksi anda sebaik melihat Perodua Sedan ini? Jika anda membaca artikel terdahulu (baca SINI), kapasiti enjin Perodua Sedan baharu kelak ialah 1.0L dan 1.3L.

Ya, sumber terbaru ini juga mengesahkan maklumat berkenaan, tetapi turut mendedahkan bahawa Perodua juga akan memperkenalkan enjin 1.5L! Cuma, tidak dilancarkan serentak bersama debut awal dua varian sedan tersebut dan dijangka diumumkan pada awal tahun hadapan.

Perodua SedanSISTEM MULA-HENTI

Menerusi model ini juga Perodua bakal memperkenalkan sistem mula-henti (start-stop) pada varian premium yang menyamai teknologi i-Stop digunakan Mazda pada model Mazda2. Ini bermakna Perodua Sedan ialah model segmen-B kedua di pasaran Malaysia yang menggunakan sistem berkenaan selepas Mazda2.

Bagi yang tidak tahu, sistem mula-henti berfungsi mematikan dan menghidupkan enjin pembakaran dalaman secara automatik bagi mengurangkan masa enjin melahu, sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi. Ya, ia sistem sama yang digunakan kenderaan hibrid dan amat berguna ketika berdepan situasi kesesakan teruk.

Ciri keselamatan asas juga tidak dilupakan seperti beg udara dan sistem brek anti-kunci (ABS). Namun, sumber enggan mendedahkan apa-apa maklumat apabila ditanya sama ada Perodua akan melengkapkan sistem keselamatan ekstra seperti Bantuan Brek, Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) atau Bantuan Daki Bukit (hill start assist).

Paling penting, kontroversi indikator lampu depan yang pernah disuarakan oleh seorang warga Jerman tahun lalu sudah pun diatasi pada model Perodua sedan nanti. Jadi, tiada lagi alasan untuk tidak membuka lampu kereta anda ketika memandu malam.

HARGA KOMPETITIF?

Bagaimana pula harga? Katanya, mahal sedikit daripada Myvi dan murah sedikit berbanding Alza. Jadi, julat harga berada dalam lingkungan RM58,000 – RM65,000.

Berminat? Tunggulah hari pelancaran nanti!!!

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Gambar Perodua Sedan Bocor, Perodua, Perodua Sedan, Sedan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapakah Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?
    #TahukahAnda: Kenapakah Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?
  • #Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium atau Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    #Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium atau Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev