• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Nissan Almera (2020) dengan Kit Badan Drive68 untuk Gaya Mengancam!

#BikinKereta: Nissan Almera (2020) dengan Kit Badan Drive68 untuk Gaya Mengancam!

April 7, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Almera (2020) memasuki pasaran Thailand sekitar penghujung tahun lalu dengan menampilkan rekabentuk signatur V-Motion yang dapat dilihat pada rekaan gril dan beberapa ciri moden seperti lampu utama dengan lampu siang LED.

Almera baharu ini turut dilengkapkan unit infotainment skrin sentuh 8 inci dengan sistem NissanConnect yang menyokong fungsi navigasi, pengecaman suara dan antaramuka Apple CarPlay.

Terbaharu, pengeluar kit badan dari Thailand, TerStudio baru saja memperkenalkan kit badan khas untuk Almera (2020) tersebut yang mampu menukarkan penampilan  sedan itu menjadi lebih sporty dan berkarakter.

BACA >>> Spesifikasi Nissan Almera Thailand Didedahkan, Guna Enjin 1.0L Turbo (100hp, 152Nm)

Di atas ini ialah penampilan standard Almera (2020). Jika memilih pakej kit badan lengkap Drive68, pembeli akan mendapat set yang terdiri daripada:

  • Skirt tepi baharu
  • Bampar tambahan
  • Spoiler ekor itik
  • Kemasan sekeliling lampu kabus
  • Paip ekzos palsu

Keseluruhan kit badan itu dianggarkan berharga 14,500 baht (RM1,930) tanpa spoiler, dan 16,500 bath (RM2,190) dengan spoiler.

Rekabentuk asas Almera generasi baharu ini adalah lebih sporty berbanding model terdahulu. Di Thailand, model subkompak ini dijana enjin 3-silinder 1.0L pengecasturbo berkuasa 98hp @ 5,000rpm dan tork 152Nm @ 2,400-4,000rpm.

Sistem transmisi jenis Xtronic CVT dipadukan teknologi D-Step Logic (hidraulik+mekanikal) untuk hantaran kuasa lebih lancar dan halus bagi meningkatkan pecutan dan menjimatkan penggunaan bahan api.

BACA >>> Nissan Versa (Almera) Lancar di AS dengan Rupa Lebih Mengancam!

GALERI
Nissan Almera Kit Drive68_1
Nissan Almera Kit Drive68_2
Nissan Almera Kit Drive68_4
Nissan Almera Kit Drive68_5
Nissan Almera Kit Drive68_7
Nissan Almera Kit Drive68_3
Nissan Almera Kit Drive68_6

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Kereta, Kit Badan, Modifikasi, Nissan, Nissan Almera (2020), NissanConnect, Roda4, sedan segmen-B

Comments

  1. Mohd Zaki says

    September 21, 2020 at 10:30 PM

    Macamana nak order untuk bodykit Drive 68 ni.....

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev