MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi pengalaman dikuarantin kerana menjadi kontak kepada individu dijangkiti dan masa depan ekonomi yang suram akibat pandemik itu dalam blognya, Chedet.cc.
Berjudul 'Quarantine' (Kuarantin), beliau menulis menjalani kuarantin sendiri bermula 12 Mac lalu ketika bertemu sekumpulan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang masih muda dan meminta untuk bergambar dengannya sebelum pulang.
BACA >>> Covid-19: ATM Akan Guna Dron, UAV untuk Pantau Pelaksanaan PKP
Mereka mengerumuni saya dan berdiri rapat-rapat untuk bergambar,” katanya sambil menambah bahawa lima hari kemudian, pembantunya Sufi Yusoff menunjukkan gambar itu dan berkata seorang daripada Ahli Parlimen Sarawak itu diuji positif.
“Saya tidak terlalu memikirkan perkara itu. Saya rasa sihat. Malah ramai yang mengunjungi saya berkata saya nampak sihat. Bagaimanapun pihak berkuasa berfikir sebaliknya. Sepasukan doktor dan jururawat datang ke Yayasan Kepimpinan Perdana di mana saya sedang bekerja dan menghentikan saya ketika mahu pulang ke rumah untuk makan tengah hari.
“Mereka mengambil sampel dan memaklumkan bahawa saya perlu menjalani kuarantin selama 14 hari daripada tarikh kontak,” katanya.
COVID-19 - PENYAKIT BERJANGKIT YANG BOLEH BAWA MAUT
Dr Mahathir berkata, Covid-19 adalah penyakit-berjangkit dan boleh membawa maut dalam beberapa kes serta untuk membendung penularan jangkitan virus itu, orang ramai perlu diasingkan dan mengelak melakukan perjalanan.
Namun, terdapat kelemahan dalam langkah menghentikan perjalanan ke Malaysia kerana industri pelancongan adalah penjana pertukaran asing kedua terbesar selepas petroleum, justeru kerajaan akan kehilangan pendapatan yang banyak.
“Syarikat penerbangan dan industri pelancongan akan mengalami kerugian. Hotel, pengangkutan darat, restoran juga akan kerugian. Pekerja akan menderita kerana mereka mungkin dibuang kerja. Majikan mereka tidak mampu menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar gaji mereka,” katanya.
Beliau turut mengetengahkan kesan Covid-19 ke atas industri petroleum berikutan harga satu tong merosot lebih 50 peratus yang akan mengurangkan pendapatan Kerajaan kepada RM30 bilion.
Pakej rangsangan ekonomi berikutan penularan wabak Covid-19 membabitkan peningkatan perbelanjaan Kerajaan selain menyaksikan penurunan dalam kutipan cukai dan pada masa sama, meskipun sekatan perjalanan separa dikenakan, langkah itu akan mengurangkan perniagaan dan hasil yang sekali lagi menjejaskan pendapatan kerajaan.
Keadaan lebih teruk dihadapi perusahaan kecil dan Kerajaan mungkin terpaksa menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka, katanya. Apa yang berlaku di Malaysia turut berlaku di seluruh dunia dan akan berlaku kemelesetan ekonomi di seluruh dunia, malah negara-negara kaya akan turut terjejas.
Beliau menamatkan hantaran di blognya dengan menyatakan bahawa, “Sememangnya kita semua sedang berdepan dengan satu bencana yang amat dahsyat.”
BACA >>> Covid-19: Ramai Masak Sendiri, Pendapatan Rider Penghantar Makanan Merosot
6. And so here I am, home-quarantined. I had been talking to people to be serious about this pandemic. I have even done a video clip. Now I must be serious and accept being quarantined. pic.twitter.com/5h1zRIqTGT
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) March 23, 2020
SUMBER: Bernama
Leave a Reply