• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota 86 GT Black Limited - Tribut Model Spesial 86 GT APEX Black Limited

Toyota 86 GT Black Limited - Tribut Model Spesial 86 GT APEX Black Limited

March 22, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

414
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA 86 tidak dibangunkan untuk kelajuan ekstrem, tetapi keseimbangan sebagai kereta sport harian. Ia kereta untuk mereka yang mahu menikmati pemanduan. 86 juga menandakan kehadiran semula Toyota pada era lalu yang mana tidak lama kemudian pengeluar itu memperkenalkan pula Supra A90.

Bermula 12 Mac hingga 16 April ini, Toyota membuka tempahan atas talian untuk 86 GT Black Limited sebagai model tribut GT APEX Black Limited yang pernah dikeluarkan pada Januari 1986 sebanyak 400 unit sahaja. Itu ialah model spesial terakhir AE86 Sprinter Trueno, atau nama glamor 'Hachiroku'.

BACA >>> Toyota 86 British Green Limited Edisi JDM yang Serba Istimewa

Dari situ boleh dilihat dua warna GT, iaitu crystal black silica dan tembaga 86 pada model terbaharu. Rim aloi 17 inci berwarna tembaga yang jelas kelihatan brek cakera Brembo, manakala absorber berjenama Sachs. Bahagian belakang dipasangkan spoiler hitam dan di bawah ada penutup lantai yang turut melindungi tangki minyak.

Ruang kabin mengetengahkan warna hitam dengan sulaman 'Black Limited' di depan penumpang sisi. Kerusi dibalut kulit dan Alcantara dan dilengkapkan ciri pemanas. Satu lagi bahan istimewa ialah Grand Luxe, seakan sued pada beberapa bahagian papan pemuka.

Model istimewa ini dijana enjin 2.0L Boxer FA20 dan Toyota hanya mengeluarkan 86 unit sahaja yang dibahagikan sama rata untuk pilihan transmisi manual 6-kelajuan dan automatik 6-kelajuan Speed Sport-6 Direct Shift.

86 GT Black Limited dijual pada harga 3,518,600 yen (RM139,300) untuk manual dan 3,586,000 yen (RM141,970) untuk automatik.

BACA >>> Toyota 86 Hakone Edition, dari Jepun ke Amerika Sempena Tribut Nama Jalan Hebat!

GALERI

Related

414
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Hachiroku, Roda4, Toyota, Toyota 86, Toyota 86 GT BLACK LIMITED, Toyota AE86 Sprinter Trueno, Toyota GT APEX Black Limited, Toyota Sprinter Trueno GT APEX Black Limited

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my