• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Belanda Haramkan Penunggang Motosikal Pakai Jaket, Helmet Berlampu

Belanda Haramkan Penunggang Motosikal Pakai Jaket, Helmet Berlampu

March 23, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


IDEA di sebalik pemasangan lampu tambahan pada pakaian dan helmet adalah meningkatkan tahap visibiliti pengguna jalan raya lain.

Tahukah anda, ada negara seperti Belanda berpendapat pencahayaan tambahan tidak membantu menyelamatkan nyawa penunggang dan pembonceng, termasuk pengayuh basikal. Cara itu dikatakan tidak memberikan manfaat, sekali gus penggunaan helmet dan pakaian yang dipasang lampu tambahan patut diharamkan.

BACA >>> Ford Cipta Jaket Pintar untuk Penunggang Basikal, Papar Emoji Digital untuk Keselamatan

Cora van Nieuwenhuizen
Arjan Everink

Menteri Infrastruktur dan Pengurusan Air Belanda, Cora van Nieuwenhuizen berkata, semakin ramai penunggang motosikal memasang lampu tambahan pada pakaian dan helmet. Ini boleh mengelirukan pengguna jalan raya lain dan membawa kepada keadaan lebih berisiko.

"Kurang wajar untuk penunggang motosikal menggunakan lampu pencahayaan lain atas motosikal (ketika menunggang) daripada apa yang dibenarkan," katanya.

PENGHARAMAN PENUH BUKAN LANGKAH TERBAIK

Bagaimanapun, tidak semua menyokong pengharaman tersebut. Ketua Jabatan Latihan dan Trafik Persatuan Motosikal Belanda KNMV, Arjan Everink berpendapat, seseorang penunggang motosikal harus melakukan semua langkah untuk meningkatkan daya visibiliti atas jalan raya.

"Berdasarkan siasatan, kami tahu penunggang motosikal sering gagal dilihat pengguna jalan raya lain atau hanya disedari ketika keadaan sudah terlambat. Ini membawa kepada situasi lebih bahaya. Peralatan pencahayaan tambahan pada atau atas helmet membantu visibiliti lebih baik dalam trafik.

"Bagaimanapun, bentuk dan tempat lampu dipasang perlu diambil berat. Cadangan pengharaman penuh (daripada Kerajaan) bukan idea bijak dan tidak membantu menurunkan kadar kemalangan," katanya.

hero 2
hero
hero 3

Kerajaan Belanda mengumumkan penharaman lampu tambahan untuk penunggang motosikal sejak 2016.

BACA >>> 9 Sebab Kenapa Anda Perlu Beli Jaket Beg Udara AIRSAV (Buatan Malaysia)

SUMBER: MotorradOnline | FEM

Related

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Lampu Tambahan Helmet, Lampu Tambahan Jaket, Penunggang Motosikal, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev