PENGELUAR kenderaan elektrik China, BYD menyertai peperangan menentang penularan wabak Covid-19 dengan cara paling tidak disangka.
Di kawasan perindustrian Baolong BYD bersaiz 15,000 meter persegi di selatan Shenzhen, dalam wilayah Guangdong, ada lebih 600 pekerja sedang bertungkus-lumus membungkus dan memeriksa topeng muka yang dikeluarkan dari 100 barisan pengeluaran.
Kurang sebulan lalu, kilang itu asalnya ialah barisan pengeluaran elektronik. Banyak syarikat di China, termasuk pengeluar pakaian dalam dan perkapalan mengubah perniagan masing-masing untuk memenuhi permintaan keperluan topeng muka, cecair pembasmi kuman dan pakaian perlindungan.
BACA >>> BAIC EV200 - Kereta Elektrik Paling Popular Di China Masuk Malaysia Tahun Ini
TOPENG MUKA TIDAK CUKUP UNTUK PEKERJA
Pengerusi BYD, Li Wei berkata syarikat itu berada dalam tekanan untuk meneruskan kerja.
“Kami ada 250,000 pekerja dan setiap orang dibekalkan dua topeng muka dan kami memerlukan 500,000 topeng muka. Di Shenzen ada lebih 20 juta rakyat dan mereka perlukan lebih 40 juta topeng muka jika setiap individu perlukan dua," katanya.
Apa dialami itu membuatkan BYD memutuskan untuk mengeluarkan produk topeng muka sendiri.
"Kami sangat perlukan mesin membuat topeng, tetapi setiap mesin biasanya mengambil masa 40 hari untuk dibina. Selain itu, mustahil untuk beli peralatan tersebut ketika pandemik. Jadi kami putuskan untuk buat sendiri mesin berkenaan," katanya lagi.
BACA >>> Covid-19: Polis Selangor Lancar Operasi Halau Orang Ketegaq Balik Rumah
SEBULAN, 100 BARISAN PENGELUARAN SIAP
BYD kemudian mula membangunkan pasukan kajian dan menghasilkan lakaran 400 peralatan dalam tempoh tiga hari. Masa tujuh hari diambil untuk mengubah dari draf kepada mesin sebenar yang setiap mesin BYD menguruskan 90 peratus daripada lebih 1,300 komponen seperti gear, rantai dan penggelek.
Dalam sebulan saja, BYD menghasilkan 100 barisan pengeluaran topeng muka, dan pada 17 Februari lalu pengeluaran kumpulan pertama pun bermula.
Setiap barisan pengeluaran mampu menghasikan 50,000 topeng muka sehari. Dengan barisan pengeluaran baharu itu, BYD berpeluang menghasilkan 5 juta topeng muka dan 300,000 botol cecair pembasmi kuman setiap hari, sekali gus menjadikan syarikat itu antara pengeluar topeng terbesar dunia.
Selain kegunaan dalaman, BYD turut menyumbangkan topeng disumbangkan kepada kakitangan barisan depan hospital, syarikat transit awam, lapangan terbang dan pelabuhan. Malah, BYD menandatangani perjanjian dengan pegawai tempatan di Shenzhen untuk memperuntukkan 15 juta topeng muka kepada enam pasar raya dan farmasi di Shenzhen.
Setiap topeng dihasilkan itu berharga tidak lebih 2.5 yuan (RM1.60). Topeng muka itu juga akan diberikan kepada negara-negara yang diserang teruk wabak Covid-19 teruk selepas memenuhi permintaan dalam negeri.
BACA >>> Covid-19: Nota Itali untuk Dunia, Sikap Tak Peduli Buatkan Negara Lumpuh, Merana
SUMBER: AsiaTimes
Leave a Reply