BEBERAPA bank di Malaysia menawarkan moratorium iaitu penstrukturan semula dan penjadualan semula pembiayaan, termasuk penangguhan bayaran pinjaman hingga enam bulan dalam usaha meringankan beban pelanggan masing-masing yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.
Maybank dan Hong Leong Bank sudah menawarkan bantuan kewangan sejak bulan lalu lagi. Menurut Maybank, antara bantuan diberikan adalah buat individu yang mempunyai perjanjian sewa beli, bergantung kes. Seandainya situasi semasa berlanjutan, pihak Maybank juga akan menimbangkan melanjutkan penangguhan bayaran dan bantuan kewangan lebih lama.
BACA >>> Covid-19: Nota Itali untuk Dunia, Sikap Tak Peduli Buatkan Negara Lumpuh, Merana
Sementara itu, AmBank menawarkan penangguhan bayaran semula sementara kepada pelanggan terlibat, termasuk CIMB dan Public Bank, semalam. Bank lain juga mungkin turut melakukan tawaran sama yang dijangka mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Bank-bank lain yang turut menawarkan moratorium ialah BSN, AgroBank, Bank Rakyat Bank Muamalat, Hong Leong Berhad, RHB Bank, Bank Islam, Alliance Bank, SME Bank dan Affin Bank.
Perkhidmatan bank kekal dibuka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, cuma pelanggan disarankan mengikut langkah berjaga-jaga seperti kerap mencuci tangan, menjarakkan diri lebih kurang satu meter dan mengelakkan berhimpun lebih lima orang.
BACA >>> Covid-19: Polis Selangor Lancar Operasi Halau 'Orang Ketegaq' Balik Rumah
Norazidah binti azid says
Penanguh Han bayaran kreta coronavírus,
Kerana tiada pendapatan.. tetap dgn penutupan perniagaan.
Badrisham says
Selamat malam, boleh ke buat penangguhan bayaran ansuaran kereta ambank dalam tempoh 6 bulan disbbkan covid 19
rohana says
minta penanguhan byran pinjman kereta..tiada pendaptan buat masa skrg..
rohana says
ambank malaysia..cara nak buat penanguhan mcm mna
REDZUAN BIN JAKARIAH says
saya ada pinjaman perumahan dengan OCBC BANK MALAYSIA
minta penanguhan bayaran setiap bulan kerana covid 19 ini
tiada sumber pendapatan dan isteri ada pinjaman kereta AM BANK MALAYSIA JUGA.
TOLONG KAMI PERNIAGA kecil sahaja..
Mathana raj says
Public bank Malaysia...cara nak buat penangUhan macam Mana????
Aaron says
Nak buat PENANGUHAN macam mana?
Ganesan says
Bagaimanakah cara untuk buat Bank-Bank Malaysia Tawar Tangguh Bayaran Pinjaman
March 19, 2020
Abang GYL says
Tangguhan cuma bermula 1 April 2020 dan ia adalah automatik
Afiq says
Betul ke tangguhan adalah automatic?
Abang GYL says
Ya benar dengan syarat tidak pernah ada tunggakan dalam tempoh 90 hari lalu. AEON Credit tidak dibenarkan
Amalina says
Interest utk sewa beli mcm loan kreta tu mcm mana ye?
Ajak ktn says
Elk desa tiade dapat penangguhan ke?
Amir says
Same lah tolong lah Sye elk
Abang GYL says
Ini update terbaru berkaitan AEON Credit. Rujuk sini >>> https://pandulaju.com.my/faq-aeon-credit-tawar-tangguh-pinjaman-sebulan-apa-perlu-anda-tahu/
Nur Asniza says
Bagai mana dgn pbayaran drpd ELK DESA.. Ada penangguhan ?
Muhammad haiqal bin daud says
Betul ke AEON kredit di tngguh kan?
Abang GYL says
Ya, sebulan saja
Nor Alif says
Perlu x untuk mmbuat pembayaran maybank untuk bulan March sbb memo start 1 April?
Lia says
Bagai mana pulak pinjaman melalui koperasi bank.. Adakah tertangguh jugak.. Boleh bg penjelasan