• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Vinales: Lorenzo Patut Dapat Banyak Wild Card untuk Manfaat Yamaha

Vinales: Lorenzo Patut Dapat Banyak Wild Card untuk Manfaat Yamaha

March 18, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAVERICK Vinales berkata, Yamaha akan dapat banyak manfaat jika penunggang uji pasukan pengilang itu, Jorge Lorenzo dapat banyak wild card. Kenapa pula?

Hal itu dimaklumkan Vinales dalam satu sesi temu bual ketika berkongsi cerita tentang tempoh rehat pramusim, masa yang ada sepanjang penangguhan perlumbaan pertama dan proses penyembuhan akibat kecederaan latihan motocross.

Seperti kita tahu, seseorang penunggang uji itu memainkan banyak peranan lain selain hanya menunggang uji jentera pasukannya. Mereka perlu juga memberikan input kepada pelumba dan menguji peranti baharu sebelum dipasangkan kepada jentera.

Justeru, Vinales berpendapat penting untuk Yamaha menambah wild card kepada Lorenzo dan bukan satu peluang saja pada GP Sepanyol di Barcelona nanti.

BACA >>> Vinales Jawab Kenapa Laju Masa Ujian, Tetapi Perlumbaan Sebenar Tetiba Perlahan

Penting untuk Yamaha kerana boleh cuba banyak benda sepanjang Lorenzo berlumba. Kadangkala ketika kami buat ujian, kesilapan terjadi pada Isnin (selepas perlumbaan sebenar) yang ada lebih banyak cengkaman sebab ada sisa dan bekas tayar Michelin.

"Masa lap selalu laju dan cengkaman bagus, jadi sukar untuk uji peranti baharu. Jadi, penting untuk Yamaha beri lebih banyak peluang wild card kepada Lorenzo. Ini perkara terbaik kerana mereka boleh cuba komponen baharu dan tengok sama ada dapat berfungsi bagus sepanjang musim perlumbaan atau tidak," katanya.

Perbezaan cengkaman di trek selalu jadi isu buat Vinales ketika ujian pramusim dan aksi sebenar. Ujian Isnin dilakukan selepas perlumbaan MotoGP selesai, dengan ada banyak sisa dan bekas tayar Michelin di trek. Vinales turut mendakwa, perlumbaan Moto2 pula meninggalkan sisa dan bekas getah tayar Dunlop yang menurutnya mengurangkan cengkaman untuk perlumbaan kelas seterusnya, MotoGP.

BACA>>>Lorenzo Jawab 11 Soalan: Rossi Paling Konsisten, Marquez Paling Agresif

Menurut Vinales lagi;

Jentera yang berbeza, tapi kita boleh cuba tingkatkan sesuatu yang boleh aku alihkan pada M1. Aku belum berada pada tahap terbaik, itulah poin yang aku boleh tingkatkan. Juga menguatkan bahagian brek. Bagi aku sepanjang bulan, gaya tunggangan boleh ditingkatkan dan aku boleh menunggang lebih baik lagi.”

Apa pula wild card ni? Dalam sukan, wild card ialah peluang yang diberikan kepada individu atau pasukan untuk menyertai sesuatu pertandingan rasmi tanpa mengikut saluran atau proses betul. Dalam MotoGP, wild card boleh diberikan kepada penunggang uji. Antara pelumba yang pernah diberikan lesen wild card ialah Bradley Smith (Aprilia), Michele Pirro (Ducati) dan Sylvain Guintoli (Suzuki).

Dan Lorenzo diberikan wild card untuk berlumba pada GP Sepanyol.

I HAVE AN IMPORTANT THING TO ANNOUNCE... 💣💥#MotoGP #Yamaha pic.twitter.com/P5knxYsFK3

— Jorge Lorenzo (@lorenzo99) March 5, 2020

BACA >>> Bos Yamaha: Tiada Alasan untuk Lepaskan Vinales

SUMBER: MotoGP

Related

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2020 MotoGP, Auto Terkini, Jorge Lorenzo, Maverick Viñales, MotoGP, Pasukan Yamaha MotoGP, roda2, Wild Card, Yamaha, Yamaha Monster Energy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev