• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Empat Kilang Brembo Itali Henti Pengeluaran, Pirelli Hadkan Jumlah Pekerja

Covid-19: Empat Kilang Brembo Itali Henti Pengeluaran, Pirelli Hadkan Jumlah Pekerja

March 16, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR sistem brek premium, Brembo mengesahkan menghentikan sementara semua operasi pengeluaran membabitkan empat kilang di Itali susulan wabak Covid-19.

Empat kilang Brembo itu berlokasi di Stezzano, Curno, Mapello dan Sellero yang terletak dalam wilayah Bergamo dan Brescia, iaitu dua wilayah yang berada dalam pusat penularan wabak tersebut di Itali.

BACA >>> Covid-19: Lamborghini Tutup Kilang Lebih Seminggu, Sahut Arahan Kuarantin

Brembo adalah pembekal sistem brek kepada banyak pengeluar automotif berprestij dunia seperti Ferrari, Tesla, BMW, Mercedes-Benz, termasuk pasukan Formula Satu (F1). Menurut Brembo, operasi pengeluaran digantung bermula 16 Mac hingga 22 Mac ini di empat kilang tersebut seiring keputusan Kerajaan Itali melindungi kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Pada masa sama, pengeluar tayar terkemuka dunia, Pirelli turut melaporkan kes seorang pekerja positif Covid-19 di kilang Settimo Torinese, Utara Itali.

Pirelli dalam satu kenyataan mengesahkan pihaknya sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi saranan dan syarat ditetapkan Kerajaan Itali, termasuk mengurangkan pengeluaran dan membenarkan kilang beroperasi dalam jumlah kakitangan terhad.

Pirelli turut melakukan proses pembersihan menyeluruh di kilang dan kawasan terjejas, manakala bekalan kepada pelanggan klien akan diteruskan mengikut stok sedia ada.

Itali adalah negara Eropah paling terjejas teruk akibat Covid-19 dengan jumlah kematian lebih 1,200 mangsa.

BACA >>> Covid-19: KTM Tutup Kilang di Austria Selama Dua minggu

SUMBER: Pirelli | Brembo

Related

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, brek, Brembo, Covid-19, Itali, Koronavirus, Pirelli, Tayar, Wabak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my