• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: KTM Tutup Kilang di Austria Selama Dua minggu

Covid-19: KTM Tutup Kilang di Austria Selama Dua minggu

March 15, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

FacebookTwitter


SYARIKAT induk KTM, Pierer AG Group mengesahkan kilang pengeluaran di Austria ditutup selama dua minggu dan semua kakitangan diarahkan bercuti sebagai langkah pencegahan penularan wabak Covid-19.

Banyak pasaran saham dunia semakin merudum akibat Covid-19 dan beberapa negara sudah mengenakan sekatan perjalanan bagi mengurangkan penularan wabak, sekali gus memberikan impak terhadap industri motosikal.

Ini memaksa Pierer Mobility, yang juga memiliki Husqvarna dan GasGas, turut menguatkuasakan penutupan operasi selama dua minggu kerana mengalami gangguan bekalan dari utara Itali yang kini berada di bawah perintah kuarantin disebabkan wabak sama.

Bagaimanapun, KTM memberi jaminan semua penghantaran akan cuba dipenuhi, terutama pihak yang sudah membuat tempahan. Selain KTM, Husqvarna dan GasGas ada beberapa jenama motosikal lain terjejas akibat langkah kuarantin di Itali, tetapi pengeluaran masih diteruskan buat masa ini.

BACA >>> Covid-19: Pendapatan Merosot, Malindo Air Serah Pesawat Kepada Batik Air

Sementera itu, Piaggio Group yang memiliki jenama Aprilia, Moto Guzzi dan Vespa mengumumkan pelaksanaan langkah-langkah khas untuk mencegah penularan Covid-19. Antaranya menutup kilang untuk proses pembersihan pada hujung minggu dan setiap staf diarahkan kekal pada jarak sejauh 1 meter sesama sendiri di tempat kerja.

Beberapa kilang lain yang berdepan masalah gangguan pengeluaran ialah Ducati, Benelli (termasuk operasi di China), Beta, Energica dan Moto Morini.

BACA >>> Covid-19: Kejuaraan Isle of Man TT 2020 Diteruskan, Kesan Wabak Dipantau

SUMBER: VisorDown

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aprilia, benelli, Beta, Covid-19, Ducati, Energica, GasGas, Husqvarna, KTM, Moto Guzzi, Moto Morini, Pierer AG Group, Pierer Mobility, Vespa, Wabak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
  • Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...
    Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...
  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my