PERTUBUHAN Kesihatan Dunia (WHO) pada 13 Mac lalu mengeluarkan amaran Eropah sebagai kawasan letusan pandemik Covid-19 dengan kes harian lebih tinggi berbanding China ketika kemuncak wabak itu.
Pada hari sama, Itali mencatatkan kadar kematian tertinggi sehari dengan jumlah 1,266 orang maut setakat petang Jumaat, manakala 17,660 orang dijangkiti. Jumlah tersebut meningkat mendadak 2,547 orang sejak petang Khamis lalu (12/03).
Wabak tersebut turut menjejaskan dunia permotoran apabila empat pusingan awal Formula Satu (F1) terpaksa dibatalkan (Australia) dan ditunda (China, Bahrain dan Vietnam).
Di Itali, pada 9 Mac lalu, Kerajaan mengumumkan perintah kuarantin atau berkurung seluruh negara dengan menguatkuasakan sekatan pergerakan ke atas semua penduduk kecuali untuk tujuan penting seperti kerja dan kesihatan. Arahan berkurung pertama di Itali bermula 20 Februari lalu melibatkan 11 majlis perbandaran dalam daerah Lodi.
BACA >>> Covid-19: Pusingan F1 di GP Bahrain, Vietnam Ditunda Hingga Diberitahu
Sebagai sokongan kepada arahan Kerajaan, Automobili Lamborghini pada 12 Mac lalu mengumumkan menutup Kilang Sant’Agata Bolognese bermula 13 Mac hingga 25 Mac ini. Penutupan tersebut dijangka menjejaskan pengeluaran kenderaan utiliti sukan (SUV) Urus yang sedang mendapat sambutan hangat.
Lamborghini mencatatkan prestasi luar biasa dengan jualan 2019 meningkat 43 peratus berbanding 2018. Jualan 2019 merekodkan 8,205 unit, dan model Urus saja mencecah hampir 5,000 unit.
Apapun, keputusan menutup kilang adalah tindakan betul sebagai langkah berjaga-jaga yang tidak hanya untuk pekerja, tetapi juga masyarakat sekeliling.
BACA >>> Lamborghini Sián - Supercar Hibrid Superkapasitor Pertama Dunia Inspirasi Countach
Leave a Reply