• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Mungkin Tak Lepas Eropah, CFMoto 300SR Bakal Lancar untuk Pasaran Asean

Mungkin Tak Lepas Eropah, CFMoto 300SR Bakal Lancar untuk Pasaran Asean

March 17, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal China, CF Moto pernah mempamerkan 300SR pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 dan dikatakan akan ditawarkan untuk pasaran Asean. Ini selepas enjin model itu didapati hanya menepati standard Euro4 yang tidak sesuai ditawarkan untuk pasaran Eropah.

300SR ialah motosikal yang akan bersaing secara langsung dengan beberapa model sportbike popular lain seperti Yamaha YZF-R3, KTM RC390, Honda CBR300R dan mungkin juga Kawasaki Ninja 400.

Enjin 4-lejang silinder tunggal 292.4cc penyejukan cecair yang digunakan mampu menghasilkan kuasa 29.2hp @ 8,750rpm dengan tork 25.3Nm @ 7,250rpm, manakala transmisi menggunakan klac manual 6-kelajuan berserta ciri klac anti-gelincir (A&S).

BACA >>> CFMoto 300SR - Spesifikasi Sportbike China Sentuhan Kiska Didedahkan

Bahagian roda disokong rim 17 inci dengan tayar 110/70 di depan, dan 140/60 di belakang. Dengan berat 165kg, sistem brek menggunakan cakera tunggal 292mm dengan kaliper 4-piston di depan, cakera tunggal 220mm dengan kaliper piston tunggal di belakang. Aspek keselamatan dipertingkatkan lagi ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

BACA >>> #EICMA2019: CFMoto 300 SR dan 300NK, Sportbike Alternatif Sentuhan Firma Eropah!

Rekabentuk depan menggunakan set lampu kembar LED dengan lampu siang (DRL) LED, termasuk lampu brek belakang. Rupa keseluruhan sportbike ini memang setanding model-model ternama Jepun dan terima kasih kepada sentuhan pasukan pereka KISKA, yang juga bertanggungjawab merekabentuk model-model KTM.

CFMoto masih belum mengumumkan harga 300SR dan tarikh akan ditawarkan ke Asean.

SUMBER: RideApart | MotorradOnline

Related

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: ASEAN, Auto Terkini, CFMoto 300SR, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my